Pengskodeng =D

Ahad, 24 Mac 2013

Chapter 10


10
Aku bukan dia! Aku bukan dia!! Jangan paksa aku terima!!!
            PUTIH. Putih di mataku. Ibaratnya mataku digam gajah, berat sungguh hendak memisahkan dua kelopak ini. Bila kubuka pula silau putih melimpahi retinaku. Di mana...?      “...kat mana ...” terdengar lemah bibirku menutur. Tapi aku sendiri tidak tahu kepada siapa aku tujukan persoalan tersebut. Di kiri dan kanan ku kedengaran lelaki dan perempuan bernada formal seperti membuat kenyataan-kenyataan tentang keadaanku namun kurang jelas pada pendengaranku.
            “Atul.. Atul kat hospital ni.. Tak dak apa-apa pun, luka sikit je..” Seorang makcik berusia pertengahan 40-an tiba-tiba menjengah pandanganku. Aku terlalu lemah untuk membangkang kenyataan itu. Aku hairan kenapa makcik itu memanggilku Atul, tetapi aku tidak peduli kerana rasa lali lebih dominan berbanding perasaan ingin tahuku.
            AKU terjaga. Dan wajah pertama yang kulihat adalah milik seorang pemuda berwajah sugul. Aku cepat-cepat duduk sambil menarik selimut ke dada. Kujeling ke bawah seketika, mujurlah baju masih ada. Eh, baju apa aku pakai ni? Eh , siapa laki ni? Eh, kat mana ni??
            Serentak itu juga aku merasakan kesakitan menjalar di bahagian paha kiriku dan mencengkam kepalaku. Aku mengerang, namun dengan setiap jeritan terasa sesak pula dadaku dengan kesakitan di bahagian rusuk pula.
            “What is wrong with me?” suaraku hampir sahaja tidak keluar. Aku rasa kalah, rasa lemah, dan sungguh , tidak sekelumitpun aku menyukai perasaan ini.
            “ Atul.. Fathin minta maaf.” Fathin mana pulak dah.. dah la panggil aku Atul. Entah siapa-siapa entah Atul ni.
            “ Siapa Fathin?”
            “I am.”
            Tanpa sedar, aku tertawa kecil. Rusukku meratap pedih serta-merta.
            “Mana ada lelaki nama Fathin.” Spontan bait-bait itu keluar. Wajahnya kekal tanpa segaris senyum. Jari telunjuknya dihalakan ke wajahnya.
            “ You’re looking at him.”
            Diam. Aku memandang anak matanya penuh skeptikal.
            “Fine. You are.” Jawabku seketika kemudian. “Then Atul is...?”
            “You.”
            Haha. Tak mungkin nama aku begitu.... kolot. Kan?
            “.. daripada Hidayatul Nabila. Kawan-kawan Atul biasanya pakai ‘Bella’ ”
            Bella? Tak mungkin nama aku begitu keperempuanan. Rasa tak kena. Rasa....
            “nak muntah.”
            “what?” Ya, Rabbi. Aku dah cakap habis literal kut! Fathin mula panik bila aku menekup mulut dan kalut mahu turun dari katil . Mahu menuju ke tandas tapi aku sendiri tidak tahu di maha tandas.
            “I NEED HELP IN HERE!” laungnya. Terkial-kial jejaka patah kaki sebelah itu mahu menghalangku turun dari katil. Seorang dua jururawat tergesa-gesa pula mengambil kidney dish dari kabinet berdekatan.
Refleks muntahku tidak dapat dibendung lagi. Dinding perutku ranap ke dalam, menekan sekali rusukku yang patah. Bukan sekali namun berkali-kali. Seperti perutku diterbalikkan dalam ke luar, namun hanya cecair jernih kekuningan serta buih putih yang menjadi hasil marathon derita itu. Azabnya membuat aku ingin saja meraung sehingga pecah setiap gegendang telinga yang mendengar, namun hanya air mata yang terzahir kerana kesakitan itu melumpuhkan peti suaraku.   
“Post-operative nausea and vomiting.. for heaven’s sake, pergi ambil ubat anti muntah cepat! This patient got broken ribs, she could puncture her lungs!” aku dapat mengesan nada autoriti dalam suara Fathin. Kenapa dia peduli??
“AIR?” kini refleks muntahku sudah reda. Fathin kembali duduk di sisi katil.
  Aku menyambut huluran gelas darinya.
“Atul,I’m sorry.”
“Saya bukan Atul. Jangan minta maaf kat saya.” Fathin terdiam seketika.
“Atul, Fathin serius ni. I’m sorry for sebabkan ni semua”
“I am serious as well, I am NOT Atul!” sengaja kutekankan perkataan NOT supaya dia mengerti, aku bukan insan yang dia cari.
“Habis tu kalau bukan Atul, siapa pula?”
Aku pula bisu.
‘siapa aku?’
“Yang penting bukan Atul.”
“Ye tapi nama you siapa?”
“entah.”
“Atul, this is no laughing matter. Stop it.”
“Stop what? You yang datang calling me Atul, Atul, Atul.. Don’t force me into accepting who I am not!” aku naik berang. Tengah sakit-sakit ni melalut kata aku ‘Atul’. Kalau ye pun mohon pilih nama moden sikit, Farhana ke Mira ke... Logik la jugak.. Entah-entah nama dia pun tipu je. Ada ke lelaki nama Fathin?
Dengan topang kiri kanan, dia lekas menuju meja jururawat. Aku mengambil air di meja dengan tangan kiri sementara menunggu dia kembali.
‘klink’ bunyi logam berlaga dengan kaca mengejutkan aku.
Cincin belah rotan di jari manis.
What the.........
Cincin itu ditanggalkan. Ada tanda 916 di bahagian dalamnya. Perlahan-lahan dia menyarung semula cincin itu. Perfect fit. Dia tidak lupa emas itu tinggi nilainya. Jadi... lelaki itu tidak berbohong? Mana mungkin dia sanggup mengukur jari manisku dan menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk seorang asing yang terlantar sakit, belum tahu hidup mati, bukan?
            Seketika kemudian Fathin kembali.
            “Doktor dalam perjalanan. Kemungkinan besar awak dapat amnesia.”
            “Amnesia tu yang kurang darah tu ke?”
            “Itu Anaemia. Amnesia hilang ingatan.”
            “oh.”
            “Hilang ingatan pun, karakter awak sama juga. Teguh pendirian.”
            “Hey, awak nak cakap saya degil ke apa?” Teguh pendirian memanglah bunyinya sedap, tapi pada aku itu hanya eufemisma untuk degil dan keras kepala!
            “Jangan bersangka buruklah... orang puji, bukan kutuk!” Fathin membidasku. Lama diam mengisi ruang antara kami. Aku bermain-main dengan cincin di jariku separa sedar.
            “Sebenarnya saya harap amnesia awak ni kekal.” Fathin berkata. “we can start anew without all the negative experiences you had.”
            Kenapa....dia cakap macam tu? Kalau benar memori tu buruk sangat, aku pun tak mahu ingat.



“PENDAFTARAN tiga minggu lagi. Tapi Ma dah cakap dengan pengarah kolej. Atul boleh masuk lewat sikit kalau perlu.” Wah. Bangun-bangun sahaja dari dah dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Terima kasih old-self, walaupun aku tak ingat apa kau buat, tapi terima kasih untuk peluang ini!
Wanita yang kupanggil ‘Ma’ ini sepatutnya ibu aku. Tetapi disebabkan amnesia, aku langsung tidak mengingati dia. Sumpah bersalah betul rasa hati!  Tapi sudah 3 hari berturut-turut ‘Ma’ datang mengunjungiku dan menemaniku tidur di wad. Entah mengapa senang betul aku mesra dengan wanita hampir separuh abad ini.
            “Well that’s great. Kursus apa Atul kena buat kat sana?”
            “Diploma International Baccalaureate untuk kejuruteraan.”
            “International Baker-what?”
            “Jangan paksa Ma sebut sekali lagi. Ma pun tak tahu Ma sebut betul ke tak. Yang penting Atul akan sambung degree dalam bidang engineering di luar negara.” Kejuruteraan? Okay... aku tak pasti aku suka belajar kejuruteraan... Tapi aku pasti sebelum aku hilang ingatan aku ada sebab kukuh untuk memohon aliran ini.
            Kedengaran bunyi topang dari luar wad. Fathin muncul di pintu bersama seorang lelaki berkaca mata bingkai penuh.
            “Atul, ni Asyraf Fahmi.” Fathin memperkenalkan jejaka tersebut. Asyraf senyum hambar, dia teragak-agak menghampiri katil. Ma meminta diri dari wad tersebut untuk memberi sedikit privasi.
            “Hang cena wey, sihat ka?”
            “Alhamdulillah masih ada kaki dan tangan. Kita... kenal ka?” Aku gusar hendak mengajukan soalan tersebut kerana aku tahu aku akan melukakan hati dia. Tapi hendak buat-buat kenal lagilah tak boleh.
            “Gondai Toxoplasmosis. Does that ring a bell?” senyuman hambarnya hilang apabila aku menggeleng perlahan.
            “Kita...” wajahnya menghadap lantai dalam kesukaran mencari kata-kata. “...kawan.” dan seraya kata ‘kawan’ itu diucap, matanya tepat memanah anak mataku, mungkin hatiku. Entah.
            “Kita sama kelas sampai Tingkatan 3, lepas tu hang pi MRSM Taiping. Tapi kita SMS selalu la.”
            “Kita... couple ka?”
“NO NO,  nothing like that.” Cepat-cepat Asyraf menafikan .
Aku suka dekat hang, hang pun suka dekat aku. Tapi masa hang habaq kat aku, hang dah bertunang jadi kita sebenarnya tiada hubungan lagi. Tapi kalau hang putus tunang dengan laki yang nama macam perempuan ni, sekarang jugak aku suruh mak aku masuk meminang. Walaupun... aku tak pasti mak aku setuju aku nak bertunang awal-awal macam ni....
Lincah otak mengarang, tapi lidah kejang hendak berucap.
“Minta maaf sangat-sangat, langsung tak ingat.” Seukir senyum tawar tanpa perisa dihadiahkan kepada pemilik nama Hidayatul Nabila. Apabila gadis itu tertunduk kembali bermain-main cincin emasnya, tahulah Asyraf dia kurang selesa dengan kehadiran dirinya di situ.  
Asyraf jadi bingung. Baru seketika Hidayatul Nabila mengaku menyukainya. Sekarang dia seorang yang asing langsung. 
Barangkali, Bella, kalau ada komputer riba aku atau kau saat ini, mahu sahaja aku tunjukkan sejarah perbualan kita di YM!. Hal yang di dalam hatimu dan hatiku juga, semuanya sudah terluah termuntah di tetingkap perbualan kita! Perbualan antara Bella_1901 dan Gondai!
“Tak apa, Bella. Aku faham aja. Kau pun tengah sakit sekarang.”
“Apa awak panggil saya tadi?”
“Bella.”
“Serius, saya rasa awak dah salah orang.”
“Bella, apa kau merapu ni.”
“Like I said, I’m not the one you’re looking for.”
“Bella..”
“Saya bukan Bella.” penuh tenang dan serius ungkapan itu dilafazkan. Pandangan gadis itu tepat memanahi mata Asyraf. Sepi. Dada Asyraf mula terasa sesak.
“Habis tu kalau bukan Bella, siapa?” digagahi juga menanyakan soalan tersebut walaupun hampir saja dia bisu kerana pilu.
“Bukan sesiapa yang awak cari.” Cincin di jari diputar-putar lagi. Mataku turut sama mengekori cincin yang dipusing-pusing itu. Mata Asyraf juga. Entah sejak bila Asyraf pandai membaca bahasa tubuh dan perilaku manusia, tahu saja dia gerak-geri Bella kala itu bermakna Bella lebih menerima kehadiran tunangnya berbanding diri jejaka putus cinta ini. Makin menebal pula sebak di dada Asyraf menyedari hakikat terbabit. Betapa dalam sekelip mata sahaja segala perasaan yang diperam bertahun-tahun hilang begitu sahaja. Entah pawana mana menghembus pergi rasa itu.
“Can we start afresh, then?”
“Maksud awak?”
“Macam kita baru kenal.”
“Sure, but... boleh datang lagi lain kali? Saya rasa kurang sihat.” Bukan kurang sihat, kurang selesa sebenarnya. Janggal sangat rasa nak berkomunikasi dengan Asyraf ini.
 “Okay.. Maaf saya mengganggu awak.” Senyum. Sambil menunduk Asyraf meninggalkan katil aku. Raut itu punya seribu kelam yang tak terukir pada wajahnya semasa dia mula-mula tiba tadi. Maaf. Aku tak punya memori sedikitpun tentang kita!
Untunglah bangun-bangun aja sudah ada offer ke luar negara, seorang tunang bergigi cantik (walaupun tidaklah rata tapi ada serinya!), dan seorang kawan yang mungkin juga Secret Admirer.
Perasan Hotstuff. Dengan kepala botak kat belakang tu kau ingat kau cantik sangat ke?
Rambut kejap aja tumbuh, jangan risau. Lagipun rambut aku jenis cepat panjang.
Mana kau tahu rambut kau cepat panjang?
Mmmmmmmm entah. I just know it.
Tch, benda macam tu boleh ingat. Nama sendiri tak ingat pulak.
Nama aku Hidayatul Nabila, okay..
Betul ke tu nama kau?
Betullah.
Mana kau tahu betul?
Aku tahulah.
Kau pasti ke...
Ma yang bagitahu.
Masalahnya iyakah ‘Ma’ tu Mak kau?
Who else could she be?
Ejen sindiket jahat yang culik perempuan macam kau untuk dijual ke Siam, mungkin?
Dia tunjuk surat tawaran penaja untuk aku sambung belajar tu apa pulak?
Alah bukan susah sangat nak palsukan semua tu.
Why would she do that?
Because, why not?