Pengskodeng =D

Khamis, 5 Mei 2011

Chapitre 5

*sorry rate of production is very slow . IB is my priority skrg huhu T^T
5
            Degil benar budak ni. Sanggup jalan kaki balik 2 km semata-mata taknak jumpa aku. Nasib lah kau, Fathin, dapat tunang ganas macam mak singa. Ya Allah, tu mak singa patah kaki ke tu? Diam tak berkutik je, takkan pengsan kut?
Fathin bergegas kembali ke keretanya untuk mengambil kit pertolongan cemas. Mujur saja dia mengambil jurusan pergigian, tahulah juga asas-asas pertolongan cemas. Tunangnya duduk tersandar di pintu gril rumah. Barangkali tertidur, tapi mungkin sahaja pengsan melihatkan genangan darah merah yang bertakung berhampiran kakinya. Mabuk darah mungkin? Fathin hanya mampu membuat andaian pada masa ini.
Luka sepanjang jari kelingking itu dibersihkan cermat sebelum dibalut . Dia tahu gadis itu tidak apa-apa memandangkan kadar nadi dan pernafasan yang normal. Niat asalnya mahu membangunkan gadis itu kerana itulah prosedur pertolongan cemas tetapi fikirnya lebih baiklah andainya gadis itu dibiarkan sahaja di dalam lenanya. Biar tidur menjadi ubat bius sementara.


Siapa yang geletek kaki aku ni? Abu , kucing rumah belakang tu ke? Eii dah la gesel-gesel kat kaki.
“Sakitlah Abu.. pergi la main jauh-jauh.” Aku menggumam dalam mamai. Rasa mengantuk masih bersisa.
“Abu? Siapa Abu?”                    
Aku celik.
Tuan punya suara duduk bertinggung di hujung kakiku sambil mengemaskan suatu kotak berwarna merah putih.
Aku bingkas bangun sambil mengurut-ngurut dada. Terkejut.
“Apa kau buat kat sini?”
“Err.. balut kaki awak.”
Aku tunduk. Hmm. Kaki dah macam mumia. Sikitlah.
“Sebenarnya, saya ada belikan sandal baru untuk awak. Takkan awak nak pergi kerja macam tu kan. Lepas tu ingat nak letak sini je la sebab saya tak tahu nak cari awak kat mana lagi dah. Mana tahu awak ada kat sini jugak.” Fathin menerangkan tanpa diminta. Bunyi macam dia budak baik kan? Wahai pembaca, sila jangan tertipu!
“Kalau awak tak ambil wallet saya takdenye....”
“Yes. I know. I’m sorry. Really!” cepat-cepat dia memotong. Aku merenung tepat matanya, mencari secebis kejujuran dalam dia berkata-kata. Kiranya jalan selamat ialah dengan menjadi skeptikal buat seketika.
“ Fine. Say as you wish. Now do leave me.”
“Luka awak tu dalam.” Yes, Mr Fathin, luka kat hati ni memang dah dalam.vSedalam jurang Marianna. Terima kasih kerana memahami.
“Kena jahit.” Err.. jahit luka kat hati?
“Maksudnya?”
“Kaki awak. Luka tu. Klinik. Jahit. Jarum. Benang. Err. Macam tu lah.” Aku menggeleng.
“Takpelah. Terima kasih . nanti dia baik sendiri. Jahit pun tambah sakit je.”
“Ye lah. Sebab sakit lah kena rawat kan?” aku bungkam. Aku tahu. Tapi takkan nak bagi dia benamkan besi dalam isi? Ingat kaki aku ni sate ke? Isk. Sakit kut. Masa darjah lima dulu aku terstapler jari fuh ‘nikmat’nya Tuhan saja yang tahu!
“Ada Gamat Healin . Tak payah cucuk-cucuk besi dalam daging pun.” Buat seketika, segaris-dua kerutan menghiasi dahi Fathin. Seketika kemudian kerutan itu digantikan pula dengan ketawa kecil.
“Takut jarum ke?”
Ok, kantoi.
“Dia bagi ubat bius lah. Tak payahlah risau sangat. Tak sakit punya.”
            Dan dengan itu aku menyerah kalah. Baru sahaja tadi aku berceramah tentang haramnya perempuan menaiki kereta berdua-duaan dengan lelaki tetapi kini aku bersamanya dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Daerah Kota Setar untuk menerima jahitan yang kononya tidak sakit itu.Oh Allah. Ampunkanlah Hidayatul Nabila , Ya Allah! Baru je tadi aku cakap pasal hukum-Mu tapi sekarang aku pula yang melakukannya!

            “BOHONG,” sepatah aku tuturkan kepada Fathun sebaik saja aku keluar dari bilik rawatan. “Siapa kata tak sakit? Sakit tau!” Oh mata, sedutlah kembali air mata yang bergenang ini. Takat sakit macam semut gigit ni pun nak nangis. Alahai, malukan tuan badan saja. Sudah besar panjang pun masih mahu mengada-ada macam anak kecil!
            Fathin mengoyak senyum, menampakkan susun atur giginya.
            “Sengih je tahu..”
            “Alah, doktor praktikal la yang buat tu. Tak pun MA yang baru lepas latihan. Biasalah tu.” Biasa? BIASA kau kata?
            “Lagipun, at least Atul dah dapat MC kan ? Esok bolehlah lepak kat rumah,chatting dengan Gondai,” kenyataannya kali ini membuat mukaku jadi merah. Atau, macam tu lah yang aku sangka sebab muka rasa hangat semacam, mcam baru letak mask sauna!
Ah,ye lah tu merah. Kulit awak tu gelap2 ala Lydia Ibtisam. Kalau tidak pun macam Kajol. Nampak ke kalau merah pun?
Setibanya aku di kereta, aku mengambil tempat di belakang. Macam mem besar gitu. Ah, aku bukan buah hatinya pun nak duduk di depan!
            Kau tu lebih dari buah hati dia. Kau tu TUNANGAN dia.
            Ah takde! Aku x pernah setuju pun dengan semua ni! Dan aku pasti jauh di sudut hatinya dia juga begitu!
            “Encik Fathin, boleh saya tanya satu soalan?”
            “Haha! Panggil Fathin cukup. Kenapa?”
            “Fathin...”Aku sedikit teragak-agak. Soalan yang bermain di minda ni macam agak bahaya je.
            “Ye.. apa?”
            “Fathin tak ada marka ke?” Fathin tidak memberi respon. Ah sudah. Gay ke mamat ni?
            “Kalau ada kenapa, dan kalau tak ada , apa bezanya?”soalan dijawab dengan soalan. Yang aku mahu jawapan, bukan pertanyaan lagi wahai Fathin!
            “Well... kalau ada, kenapa awak setuju ngan mende alah ni dan kalau tak ada kenapa.. err.. kenapa awak setuju ngan mende alah ni jugak?” Dari cermin pandang belakang, aku terlihat lesung pipitnya kirinya terbentuk. Tanda dia senyum.
            “Let me get this straight first. I’m straight okay.And ade je marka. Keliling pinggang.”
            “Seriously?” keningku terangkat sebelah sudah. Bajet hot la konon.
            “Heh.. tak de lah..” okay, sekarang aku dah mula keliru.
            “takdelah as in .. ‘takdelah, I’m not straight pun’ ke, atau ‘takdelah, I tak ada marka pun’ ?” tawanya terledak dalam Viva ungu itu.
            “Ya Allah , budak ni! Takde lah. Saya tak ada awek pun. Pernah ada actually tapi dah putus pun.” Giliran  aku pula bisu seribu bahasa. Takkanlah kerana aku, sanggup dia putus dengan awek dia tu? Siapa je aku ni? Budak hingusan yang belumpun 18 tahun, tak lawa pula! Tak mungkin lah. Takkan punya. Kau jangan bajet jadi heroin Hindustan ,okay, Atul? Mana-mana kau pergi je semua orang nak kat kau. Heh. LAH sangat! Berangan bolehlah.
            “Ai, tak nak tanya kenapa ke ?” Fathin menyulam perbualan kami dengan soalan pula apabila dilihatnya aku hilang kata-kata. Aku pula merasakan bahawa perkara ini bukanlah suatu ceritera indah untuk dihikayatkan semula, lebih baik dikulum saja.Ye lah, siapa je seronok kalau dah berpisah dengan kekasih hati pengarang jantung? Namun apakan daya, rasa ingin tahu membuak-buak ibarat geiser yang memancutkan airnya berpuluh-puluh kaki ke udara.
            “Nak je tapi kalau tak mahu cakap pun tak apa, saya tak kisah pun.” Fathin ketawa lagi. Isu yang mampu menghiris halus hati sehalus hirisan daun pandan dalam bunga rampai, masakan dia ketawa pula? Walaupun aku tak pernah ada pengalaman putus cinta (bercinta pun tak pernah.Iyalah, semua orang pun kata aku garang . Siapa je nak dengan aku?) , tapi aku boleh agaklah juga keperitan melalui pengalaman itu.
            “Macam ni.. suatu hari tu, room mate saya kata dia ternampak Intan makan dengan laki mana tah kat Midvalley. Saya mestilah tak percaya. Saya pun biar jelah dulu sebab masa tu dah nak exam. Lepas tu mak pula asyik telefon tanya fasal kahwin. Katanya dia ada calon, nak tunggu saya habis exam akhir baru dia cakap siapa.” Heh. Akulah tu. Zaman pakai baju sekolah lagi.
            “Mak awak tak tahu ke awak dah ada pilihan sendiri?”
            “Tahu je. Cuma katanya... dia rasa perempuan tu jauh sangat. Intan tu orang Kota Kinabalu. Dia takut susah nak balik kampung agaknya.” Alahai Makcik Timah.. kan sekarang dah ada flight? 3 jam je dari KL ke Sabah tu... bukan naik bas pun. Nak kata mahal, kan dah ada syarikat penerbangan tambang murah? “so dia suruhlah saya buat istikharah dulu, kalau betul Intan pilihan terbaik, dia taknak paksa saya.”
            “Awak mimpi apa?”
            “Mimpi? Haha! Tak ada mimpi. Senang cakap... Allah singkapkan keburukannya depan mata kepala saya sendiri.” Kedengaran nada kecewa dalam lontaran suaranya.
            “tapi... macam mana awak tahu saya yang terbaik? Mana tahu awak tersalah langkah lagi ke?” dan hal ni bukanlah main-main. Hidup aku dan hidup dia, takkan sama lagi kalau pertunangan ini diteruskan . Kemerdekaan aku. Kawan-kawan aku. Pendidikan aku. Kerjaya aku. Dia takpelah, dah habis belajar.
            “Kan saya dah cakap, saya dah buat istikharah. Berkali-kali saya buat. Dah hati saya cenderung nak terima cadangan Ummi. Dan saya yakin dengan fatwa hati saya.” Fatwa hati ye? Kalau sudah fatwa hati memutuskan sedemikian, di sudut mana lagi mahu kukorek penafian? Kalau benar jauh di sudut hatinya dia tidak bersetuju, berapa marhalah perlu kuselami bagi mencari sekelumit penidakan itu? Kata hati ya? Bukankah orang Melayu ada menyebut, lain di mulut, lain di hati? Barangkali untaian kata ini disusun sejurus aku melancarkan persoalan? Siapa saksimu? Bagaimana harus kutentukan sejauh mana sadiqnya kenyataan yang kau hamburkan?
            Ah, sudahlah! Siapa kau mahu meragui kejujuran dia?
            Aku manusia yang diikat tanpa rela! Aku mahu mengurai kembali simpulan ini agar aku kembali lepas bebas. Aku bukan lembu yang bisa ditambat sesuka hati!
            Tapi siapa kau untuk memutuskan bahawa dia menipu? Kalau salah telahanmu, kau teelah memfitnah dia dan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh!
            Kalaupun dia tak menipu, aku tetap tak mahu teruskan rancangan pertunangan ni. Aku ada hak untuk tentukan hala tuju hidup aku.
            “Atul macam mana pulak?” sepasang mata menjeling kearahku dari cermin pandang belakang. Dua pasang kalau dikira sekali dengan cermin matanya. Aku mengalihkan pandangan ke  luar tingkap. Macamlah cantik sangat Parit Wan Mat Saman tu Atul, yang kau tenung macam menanti duyung timbul!
            “Macam mana apa...?”
            “Dah buat istikharah?” heh. Tak payah buat. Fatwa hati aku awal-awal lagi kata ‘TIDAK!’. Dan aku juga orang yang yakin dengan fatwa hati aku.
            “Belum.” Jawabku sepatah. Malas mahu menghurai panjang.
            “Boleh jadi apa yang kamu benci itu baik bagimu..”
            “Apa..?”
            “Dah sampai.” Fathin memulas steren ke kiri, memasuki kawasan halaman rumahku. Sebaik kereta berhenti, aku keluar dengan kaki berbalut bandage , dan sebelah lagi berkaki ayam. Kedengaran pintu pemandu turut dibuka apabila aku membuka gate rumah.
            “ui taknak wallet ke..?” aku menyambut hulurannya dengan teragak-agak, risau kalau dia mengangkat tinggi-tinggi lagi. Aku ni dah la kemetot je.
            Dan walletku mendarat dalam telapakku. Sungguh tidak disangka.
            Isk .. tapi kalau dia tak ambil tadi takdenye aku balik jalan kaki , lepas tu takkan punya kaki aku terkoyak sampai macam ni!
            “...dan.. ini sandal yang saya belikan untuk awak tadi.” Aku merenung sandal sukan Bata berwarna oren yang dihulurkan kepadaku.
Okay, apa jadi kalau aku ambil ?
1-      Dapat kasut baru.
2-      Dia akan fikir aku terima dia
3-      Aku kena bayar balik. Mungkin la.
Kalau aku tak terima pula...
1-      Tak dapat kasut baru
2-      Dia akan fikir aku memang anti dan menyampah dengan dia.
3-      Boleh bodek Abah beli kasut baru.
Hah.. kalau bodek bapak at leat mungkin dapat kasut lagi mahal dari kasut harga RM 30 ni! Haha! Terror tak aku!
“Takpelah. Terima kasih. Saya tak suka warna oren ,” oh aku menipu!
“eleh... nak menipu konon. Macamlah saya tak nampak kasut apa awak pakai tadi.”
“Awak simpan je lah Encik Fathin. Takpun derma kat siapa-siapa. Bye.” Aku memasuki pintu pagar rumah tanpa tertagak-tagak lagi. Setakat ini sahaja noktah perkenalan kami. Tempoh yang singkat ni tak mungkin akan meninggalkan kesan signifikan . Takkan.
“Awak tahu? Awak ni macam ubat nyamuk Ridsect lah..langsung tak beri peluang.” Kedengaran bait-bait katanya yang terakhir sebelum pintu keretanya ditutup , menandakan dia telah masuk ke dalam kereta. Langkahku terhenti. Sejenak aku menoleh .
Tak sampai sehari sudah hilang sabar. Macam ni nak jadi suami aku? Mintak maaf banyak-banyaklah. Aku pun tak sudi jadi bini kau kalau macam ni!