Pengskodeng =D

Ahad, 26 Disember 2010

Chapter 2.

2

Jemariku pantas menekan papan kekunci Nokia Express Radioku. Seketika kemudian, satu lagi mesej diterima.

“Congrats ah, So lepas ni kau nak further mana?”Asyraf Fahmi menaip.

“tah la.. ak tak tau lagi.. mana-mana pun boleh.. ak x ksah pn stadi apa”

“Medic taknak? Budak2 pandai kan ska apply meds?”

“medic xde life kut... tgh mlm buta pun org panggil on call lagi. Xsanggup aku tengah senang lenang ak berfacebook tiba2 orang panggil g spital..”

“Laju aih tekan keypad. Mesej dengan balak ka apa?” tiba-tiba Shiro menegur . heh. Dia ingat aku ni hot macam dia nak ada balak-balak nih.

“Member.” Sepatah aku menjawab. Cakap lebih-lebih karang skandal pulak. Aku dengan Acap ni bukan ada apa pun. Tapi orang selalunya anggap lelaki dan perempuan yang berkawan rapat tu ada apa-apa. Aku lebih senang kawan dengan Acap dari kawan-kawan perempuan lain sebenarnya. Okay, kecuali best friend aku lah. Lelaki ni tak banyak songeh. Kadang-kadang mulut jahat tapi kurang-kurang diorang jujur.

“Good.”

“Good? Aku memang baik pun hohohoho,” dan serentak itu satu tamparan hinggap di pahaku.

“Bajet la kau haha!”

“Belahh.. Macam kau tak bajet..”

“Atul..”

“erm?”

“Japgi kan.. apa-apa pun yang jadi, Atul terima je tau.” Sisa-sisa ketawa hilang ditelan deruan enjin MyVi merah jambu kakaknya itu. Tiada riak lucu dalam nada Insyirah. Tak perlu ahli falsafah Yunani pun untuk merungkaikan nada itu. Insyirah serius.

“Jadi apa?”

“Atul, kena tahu kami semua sayang Atul, dan tak de niat tak baik pun,” ape la pulak dia mengarut ni. Boleh tak jangan belit-belit?

“Apehal tacing-tacing ni? Mende? Cakap direct boleh tak?” aku tak rajin nak maen teka-teki ngan kau, Angah. Nak sound mysterious pun jangan la sampai mesej tak sampai, ingat gempak sangat ke macam tu?

“Eh, tadi kau kata nak makan pau kan? Kita singgah Gurun ni jap eh.”

“Angah, jangan ubah topic boleh tak?!” Aku menanggalkan tudung awning yang membaluti kepalaku. Sepit rambut di dashboard kucapai lantas kusepit rambut lurus yang hampir mencecah pinggang . Biar panjang lagi macam Rapunzel. Biar boleh belit2 leher Angah sampai dia mahu cerita semuanya.

Angah senyum segaris sebelum keluar dari kereta, meninggalkan aku untuk merungkai simpulan-simpulan madahnya sebentar tadi sendiri. Hais. Aku bukan orang sastera nak merungkai segala tema dan persoalan ni. Takat jawab SPM haritu bolehlah. Angah ni memang saja je!

Angah memarkirkan Myvi merah jambunya di bawah luar pagar rumah. Ruang parker di dalam pagar yang mampu memuatkan sehingga 4 buah kereta sudah penuh semuanya. Oh bukan. Bukanlah bermakna Abah berpoket tebal sehingga mampu memiliki stok kereta yang begitu banyak sekali. Hanya MyVi ini dan sebuah MPV sahaja kepunyaan Abah. Maka kepunyaan siapakah Viva , Estima, dan Kancil itu?

Aku jadi ragu mahu menghampiri muka pintu yang dipenuhi kasut yang berselerakan itu. Hatiku mula gusar dek kerana kisah-kisah yang disogokkan zaman muda-mudi dahulu.

Adik-adik bayangkan... adik pulang saja dari sekolah, adik lihat banyak kasut depan pintu rumah adik....”

Atul mula menapak sedang kakaknya menutup kembali pintu pagar..

...bila adik masuk je rumah.. adik nampak.....”
Dupdab.. dupdab...

“....sekujur mayat di ruang tamu. Mayat ibu adik..”

“Assalamualaikum...” Aku member salam teragak-agak. Mataku meratah segenap penjuru ruang tamu, gusar sekiranya pemandangan kurang enak yang menyambut kepulanganku.

“Haaa... tu pun dia dah balik dah..” suara Ma menyahut salamku. Lega. Tapi, kenapa ramai benar orang ni? Dah tu pulak, semua pakai boria warna hijau. Aih.. Muktamar Pas ke ni??

Semua mata tertumpu ke arahku. Sekali imbas ada dalam 12 orang lebih kurang. Tak termasuk Ma dan Abah. Maka lebih 24 pasang mata memfokus ke arahku. Aku kaget seketika sebelum menguntum senyum.

“Hidayatul. Anak Ma nombor tiga.” Aku memperkenalkan diri ringkas semasa bersalaman dengan puak-puak perempuan.

“Oh... Atul kan... haa.. manis benar orangnya. Kenal makcik dak ni?” aku menggeleng. Nak kata sedara, muka tak ada iras Ma dan Abah pun.

“Awak biar benar tak kenal makcik Timah, Atul? Fatimah Hajar? Tak kenal?” aku menggeleng. Ma menggosok belakang lehernya sedikit. “kawan baek Ma nih..”sambungnya lagi.

Makcik Timah menyambut huluran tanganku sambil tersenyum mesra. Dia menyengetkan sedikit tubuhnya ke kiri lalu mengisyaratkan kepada seorang jejaka yang duduk bersandar pada pinggir sofa.

“Tu anak sulung makcik. Baru habis belajar di UM. Dia baru saja dapat posting di Klinik Pergigian Telok Wanjah, doctor gigi...”belum sempat makcik Timah menghabiskan ayatnya, kedengaran suara Along.

“tumpang lalu.. tumpang lalu... mintak maaf..” Along a.k.a nama sebenarnya Syakirah muncul dari dapur dengan menatang dulang berisi kuih Seri Muka. aih.. Muktamar Pas sungguh ka ni, sampai kuih pun warna hijau putih ni?

Along yang bekerja sebagai audit eksekutif di Petronas itu jarang-jarang sekali pulang ke rumah melainkan ada urusan yang penting. Tambah pelik, Along memakai persalinan warna hijau pucat , sepadan dengan rombongan tetamu.

Aku mengimbas sekali lalu ruang tamu. Di celahan lautan manusia itu, terdapat dulang-dulang tembaga dengan hadiah berhias cantik seperti barang hantaran. Ahh.. agaknya ini majlis pertunangan Along. Lelaki yang doktor gigi tu lah tunang dia agaknya. Senyap-senyap Along berisi rupanya ye.

Tiba-tiba Angah menarikku ke atas rumah. Aku menurutinya walaupun keliru dengan tindakannya. Sebaik saja kami tiba di bilik, kelihatan keluarga sepupuku , anak-anak kepada Mak Lang Rohainor berbual-bual dengan Faiz dan Faiq, adik kembarku yang berusia 16 tahun. Faiq dan Faiz turut memakai persalinan biru muda. Okay. Memang sah-sah majlis bertunang Along nih.

“Insyirah ?” Seorang wanita tua berusia awal 30-an bertanya kepadaku. Aku pantas menggeleng.

“Oh.. you must be Hidayatul ,then?” belum sempat aku menjawab, dia meninggalkan aku setelah member persalinan yang serupa dengan Along kepada Insyirah. Aku bermain-main dengan Najwa, anak Mak Lang yang bongsu berusia 3 tahun . seketika kemudian, wanita tadi kembali dengan pakaian rona yang sama namun lebih bling-bling lagi.

“Okay kids, out of the room please...” aku dapat mengesan nada autoriti dalam suaranya, seperti seorang ketua. Hatta Faiq dan Faiz yang degil dengan aku pun boleh menurut. Mereka membawa heroin-heroin anak Mak Lang keluar dari situ.

“Atul, duduk atas kerusi tu,” kata wanita itu kepadaku. Serentak itu, Along dan Angah memasuki bilik, kini kedua-duanya memakai baju yang serupa.

“Congrats Along. Nice dude you got there.”

“What do you mean?” Along melabuhkan punggungnya keatas katil Queen tempat ku beradu dengan Angah.

“Your fiancĂ© lah..Takkan Fahrin Ahmad kut. He’s not around , is he..” wanita tadi mula menyapu sesuatu pada mukaku. Barangkali bedak asas or foundation or whatever they call that stuff.

Along mengerutkan keningnya.

“Girl. Mr Boyfie is in Terengganu right now, on an oil rig. How could he be in two places simultaneously?” okay.. ini memang dah pelik. Kalau bukan tunang Along, then tunang siapa?

“Angah..”

“Shhh!! Jangan gerak banyak . Kak Hawa nak lukis mata ni, satgi habis sememeh eyeliner ni. Dah la Kak Hawa guna yang liquid punya.” Kak Hawa mematikan kalamku. Aku mula tak sedap hati.

“Angah , balak kau ke kat bawah tu?” aku tetap berdegil mahu bercakap.

“Tak.” Sepatah Insyirah menjawab. Buat seketika hanya bunyi kipas siling menemani kesunyian kami. Aku dengan teka-teki ku dan kakak-kakakku dengan kebisuan mereka.

Okay mari kita berteka-teki. Permainan yang sungguh menyeronokkan, mencabar minda, dan menambah kedut pada dahi akibat kerutan tanpa henti. Memandangkan tiada sesiapa yang baik hati nak teranglan ssituasi ni kepada aku, maka aku terpaksalah menyelidikinya sendiri. Hais.. kalau boleh google je kan senang.

“Achik, sini tangan kau,” Angah mula memicit inai tiub ke jari kelingkingku.

“Hey hey hey angah! Apa ni?!”

“SHH!! Duduk diam-diam lah. Nanti comot gincu ni!” okay this is freaking me out. Ada dulang hantaran, and we’re dressing lavishly as if it’s hari raya , and Angah is putting this gooey inai segera on my pinky n ring finger. Dan baju aku pulak lagi melaram dari diorang! Hey! Bukan aku yang nak bertunang! Kak Hawa salah orang ni!

“There.. habis mekap ni kau g basuh tangan lepas tu pakai baju yang Kak Hawa bawak tu. Lepas tu terus turun okay. I’ll be downstairs.” Hmm.. barangkali ini majlis untuk meraikan keputusan SPM ak kut.

Aku cuba memujuk diri walaupun aku tahu kenyataan yang kugunakan itu fatamorgana semata. Mana mungkin Ma dan Abah dapat tahu awal keputusan SPM aku?

Usai memakai persalinan dan tudung yang disediakan, aku sempat mencapai MP3 Sony Walkmanku sebelum keluar dari bilik. Sebelah earphoneku masukkan ke bawah tudung manakala wayarnya pula ku masukkan kedalam lengan baju. Player MP3 pula kuletakkan di bahagian pergelangan tangan, dan tentunya tiada siapa yang perasan kerana bajuku legap. Mungkin dengan cara ini aku dapat menenangkan sedikit kegusaran di dada. Punat Play ditekan. Kak Hawa membetulkan tudungku sebelum kami menuruni tangga.

‘Relax, Hidayatul Nabila. Bad time doesn’t last. This is just a stupid drama for God knows why. Just play along...’ aku memujuk hati buat kali terakhirnya sebelum menyertai puak-puak yang ramai di ruang tamu itu.



___________________________________________________________------

Ini. Tak. Mungkin.

Bohong.

Okay hidden camera, awak boleh keluar bila-bila masa saja, aku dah bersedia ni!

No hidden camera? This is no joke?

“ jadi... Atul setuju tak ni?” Encik Zainul Abidein merangkap suami Puan Fatimah Hajar bertanya kepadaku . Aku setuju tak nak kahwin dengan anak dia si Fathin tuh? Huh? Apa kejadahnya semua ini? Dalam banyak-banyak manusia atas planet bumi ni, kenapa pulak soalan tu ditujukan kepada aku, seorang budak lepasan SPM yang tak reti masak pun lagi ni?

“Saya... saya...”menyusun ayat bukanlah sesuatu yang mudah apabila berdozen-dozen mata memandang ke arahku.

“Saya.. tak tahu lah nak cakap macam mana.. tapi saya...” ayatku tergantung di situ... urgh.. apa yang susah sangat nak cakap tak nak ni?!

“Nampaknya, diam tu tanda setuju lah eh?” Uh? Bila masa aku setuju ni? Aku tengah susun ayat lah!

“Alhamdulillah, semuanya selesai...” Makcik Timah menyarungkan sebentuk cincin belah rotan di jari manisku.

Japgi kan.. apa-apa pun yang jadi, Atul terima je tau’ kata-kata Angah terngiang-ngiang di kotak memoriku.

Anak perempuan aku bukan seorang je, Timah. Yang bawah-bawah kan ada lagi,” perbualan mak dengan makcik Timah suatu masa dulu tiba-tiba menjengah kembali . Makcik Timah, kawan baik mak.

Baru aku faham.

Ini memang majlis pertunangan, pertunangan aku dan Muhammad Fathin bin Zainul Abidein.

It was planned all along...

Dan Lagu Kasih kekasih nyanyian In Team berkumandang di earphoneku. Seolah-olah MP3 ku sendiri mempersendakan aku....

Rabu, 22 Disember 2010

Chapter 1




Padan muka diri sendiri. Esok nak balik Maktab, hari ni baru kalut nak siapkan homework. Tidur lah kau pukul dua pagi , Cik Hidayatul Nabila! Sekarang dah pukul 12, baru nak start buat kerja. Adey.. Journal BI kena buat dua entry lagi. Dah la affect carry mark kalau tak siap. Yeah. Marilah kita buat journal BI! 

Dan tahniah kerana dakwat pen sudah habis. Baru je semangat nak buat. Masa ni lah nak habis pun kau ek , wahai pen? Hmm.. Culik pen mak lah. 

Eh.. kenapakah bilik Puan Rumaizah ini masih dilimpahi cahaya? Musykil hamba. Bukankah pada kebiasaannya Penolong Kanan Sekolah ini beradu tepat jam 10 malam? Kala bulan pun belum mengambang penuh? Apa kejadahnya semua ini? Hmm.. Eh mak tengah bergayutlah. Hai, jarang benar mak rajin nak bergayut tengah-tengah malam buat ni. Biasanya Kak Long saja yang rajin bergayut dengan Encik Irfan Razak waktu-waktu dinihari macam ni. 

“Timah, percayalah Timah. Syira tu tak sesuai dengan Fathin.Aku mak dia.. aku kenal dia, Timah.” Syira? Syira short for Insyirah? Insyirah=Angah? 

“Anak perempuan aku bukan seorang je, Timah. Yang bawah-bawah kan ada lagi.” Yang bawah-bawah? Hey, aku je anak perempuan yang bawah-bawah? Bawah aku lagi dua orang tu hero-hero belaka. 

“Iye. Dia tu lagi sesuai dengan Fathin. Seriously, Timah,” Fathin? Sejak bila Malaysia luluskan undang-undang lesbian nih? 

“Okay . I’ll tell her later. Don’t worry bout it. Bereh blako.” Talian diputuskan. Mati terus niat aku untuk meminjam pen Mak. Ape benda yang mak cakap dengan makcik Timah tadi? Best Friend mak tu. Macam serious gila je. Apa kaitan dengan aku ngan Angah pulak? Fathin tu sapa pulak? 

Well.. She said she’ll tell me later so.. hmm.. sudahlah. Tidur je lah. Journal? Hantar lewat ah. Malas dah aku nak buat. 





“Hoi! Kau ni kan, tak reti bangun subuh ke!” Buat kesekian kalinya gegendang telinga Atul hamper saja terkoyak dek lontaran suara kakaknya Insyirah a.k.a Shiro . Macam manalah boleh dapat jadi doctor minah ni. Garangnya mengalahkan naga Tasik Chini! 




“Aku ‘cuti’ lah!!! Pergilah..Jangan kacau aku boleh tak?” comforter bercorak kambing biri-biri ditarik menutupi kepala. Huh.. tak boleh tengok aku bahagia kejap ke. 

“ABAAAAHH!!! Tengok Achik ni tak nak bangun!” laung pemilik nama Insyirah dari dalam bilik. Serentak itu aku duduk tegak. Sebelah tangan menggenyeh-genyeh mata, sebelah lagi melempar Encik Adam kearah kakak sulungku itu. Kakakku ketawa sakan apabila patung beruang berwarna mocha itu tidak mengena sasaran. Dah mamai macam orang high ni memanglah kordinasi tak betul. Haih.. 

“Angah ni mengada-ngada betullah. Aku penat la kemas rumah gantung langsir baru semua semalam , Angah tak kesian ke kat adik Angah ni. Angah belajar medic takkan tak tahu manusia perlukan rehat yang cukup?” hah.. apa kau ingat kau sorang saja tahu bio ?? 

“Aku on call , terkejar-kejar sana-sini kat ER tu takde pulak mengada-ngada nak qadha tidur macam kau? Manja!” ye lah.. memanglah aku manja. Nama pun anak perempuan bongsu- bawah aku semuanya lelaki. Hee~ 

“Eh.. Angah ni tak pergi kerja ke yang sibuk sangat nak pecahkan telinga adik sendiri ni hah?” 

“Kau boleh buat lupa. Hari ni kan result SPM kau!”Ah..? hari ni eh..? 

“Aku sanggup berkorban tukar syif ngan kawan demi kau tahu? Aku nak tengok sikit kau ni pandai tera mana. Cepat lah mandi! Berlingkar saja tahu!” Allah! Macam mana aku boleh lupa ni! This is the biggest day of my life kut! 

Usai saja mandi dan mengenakan T-shirt hitam dan cargo pants, aku berlari menuruni tangga. Tudung Ariani berwarna hitam kuserkup pantas sambil menapak menuruni tangga. Biarpun pada hakikatnya aku free-hair, aku masih tahu menghormati sekolahku. Sekolah yang walaupun bernama Maktab Rendah Sains MARA, tapi pada hakikatnya berfungsi seperti Maahad Rendah Sains MARA. Bab-bab aurat cukup dijaga disini. Bila aku nak pakai tudung? Heh... itu bukan sesuatu yang mudah bila keluarga kau tak seorangpun menutup mahkota yang mengurai itu. Dan aku bukan trendsetter rumah itu. 

Dasat sungguh. Dah la sekolah kat Taiping, duduknya di Kedah Sejahtera. Mahu dua jam setengah naik kereta. Boleh lagi buat perangai tak senonoh bangun lambat! 

“Jom Abah, Atul dah siap nih!” aku mengambil sebiji karipap dari dalam plastic di atas meja makan lalu menjamahnya. Hujung minggu. Hanya pada hujung minggu Ma dan Abah ada di rumah. Hari lain? Biasalah.. masing-masing sibuk dengan urusan dunia. Abah dengan mesyuaratnya, ulang-alik ke KL selalu. Ma pula mencurahkan baktinya sebagai Penolong Kanan sebuah sekolah di daerah Kota Setar ini. 

“Heh. Awak pergilah dengan angah. Abah tak boleh drive lah. Masa jogging tadi terseliuh kaki pulak,” isk Abah ni.. dalam banyak-banyak hari, hari ni jugak nak terseliuh kaki. 

“Ma mana Ma? Kira orang pergi dengan Ma je la nih? Mana dia ni? Lewat dah ..” 

“Jap lagi Ma bawak Abah gi berurut kat Ustaz Haron kat Gunung Keriang tu. Lagipun kejap lagi ada tetamu nak dating. Ma kena duduk kat rumah.” Terang Abah. Nampaknya hari ini aku kena jadi yatim piatu sementara waktu. Yang tetamu ni pun..takkan tak tahu hari ni SPM keluar? Ma pun takkan tak tahu.. sampai hati utamakan orang lain dari anak sendiri. Anak kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah dipinggirkan T_T. “Abah. Kalau dapat 10 1A Abah bagi sepuluh na....” sepuluh ribu ringgit Malaysia. Kalau mintak free-free ngan Abah macam ni memang sampai bila pun tak dapat. Tapi mana tahu kalau-kalau hari ni encik Alias baik hati en. Hohohohoho~ 

“Boleh.. tak ada masalah..momantai!” abah mengeluarkan walletnya dari poket seluar. Memang la tebal wallet tu tapi tebal dengan kad kredit tu iyelah. Cukup ke RM10k? Kalau duit RM50 semuanya dah ada.. erm...200 keping.. Abah ni biar betul. 

Sekeping not merah dihulurkan kepadaku. Seukir sengih nakal mengiringinya. 

“Abah! Sepuluh k lah bukan sepuluh hengget!” dush! Satu tamparan hinggap di belakangnya. Abah ketawa mengekek. 

“Banyak la awak sepuluh ribu. Tunggu hantaran nikah awak lah!” 

“Yang tu lambat lagi la Abah. Isk..” kelihatan Angah menuruni tangga, ayu dengan baju kurung moden warna merah garang. Kulitnya cerah genetik Ma memang padan benar dengan merah ang-ang tu. 

“Hoi loklaq punya budak! Hang nak pi pakai baju tu ka cena ka?” Angah yang sudah memegang kunci kereta tiba-tiba melontarkan suara perutnya. Hmm.. jap. Statement tak sesuai. Minah keding tu mana ada perut pun! Lagi-lagi sejak housemanship ni , lagi la kurus kering macam cicak kobeng! 

“Apa masalahnya? Mana ada aku seksi pun?” 

“Baju kurunglah, mek! Ambik result SPM ada ke patut pakai cargo pants dengan T-shirt je? Matang sikit boleh tak? Harap umur saja dah tua.” Sumpah kuat membebel makcik tua ni. Macam mana la si Irfan tu boleh tahan ngan dia. Hais. 

“Aku tak iron lagi lah...alah bukannya illegal pun pakai track bottom ambil result! Jom lah, dah lambat nih!” Angah mengerling jam dinding sebaik saja aku menghabiskan ayat. Barangkali dia lupa Alor Setar-Taiping mengambil masa 2 jam setengah. 

“BELLA!” Puteri melambai-lambai dari atas platform di hadapan Dewan Seri Larut MRSM Taiping. Angah memandangku pelik. 

“Bella? You mean B-E-L-L-A? Ewh.. geli kot!” Haish dengki saja dia ni. 

“Diam lah SHIRO,” Sepatah aku membantah. Kami menghampiri dewan. Sudah ramai ibu bapa dan pelajar berkumpul. Kami antara yang lambat. Kedengaran beberapa orang pelajar berteriakan kerana memperoleh keputusan yang cemerlang-atau barangkali sebaliknya. Puteri pula memperoleh straight A’s, seperti yang dijangkakan. 

“Kau agak kau dapat berapa , BELLA?” aku sekadar menggeleng . Rasa cuak mula membuat aku rasa mual. Kaki kanan melangkah ke dalam dewan, menapak menuju ke kaunter keputusan.