Pengskodeng =D

Ahad, 19 Jun 2011

Chapter 6

6
kalau bulan itu pagarnya bintang, Hidayatul Nabila pagarnya garang!’
“UMMI ni biar betul.. Habis, Athin dengan Intan macam mana, Mi?” sesudu lagi puding karamel memasuki rongga mulutku. Tiap-tiap kali aku balik rumah, mesti Ummi buatkan puding karamel ni. Kalau Ummi punya puding karamel memang takde siapa boleh lawan. Perrrggghhh lemak berkrim, lembut halus lagi.. secukup rasa , seindah rupa. Tapi malam ni entah di mana silapnya puding karamel Ummi rasa hambar semacam dalam mulut ni.
“Itulah Ummi rasa tak seronok sikit lah, Athin. Duduk di Sabah nun. Raya nanti macam mana kau nak balik sini selalu? Jangan kata raya lah, cuti lain pun?” alah Ummi ni saja je nak tengok muka aku selalu ni.
“Skype kan ada , Mi? Hari-hari Athin Skype dengan Ummi nanti ye ?” Puan Fatimah Hajar membetulkan simpuhnya.
“Along ni tak sayang Ummi ke? Skype buat apa? Ummi nak tengok anak Ummi ni depan mata. Lagiipun Ummi bukannya reti guna komputer sangat.”
“Udah le tu Timah .. budak tak nak, bukannya kita boleh paksa. Kahwin lari karang dia tu,” dari tangga, Walid yang berkain pelekat dan berT-shirt putih menghampiri. Dia mengambil tempat di sofa satu berhadapan televisyen dan mencapai alat kawalan jauh. Beberapa punat ditekan bagi mencari rancangan sukan. Dah tahu dah. Ulang tayang MU lawan semalam la tu.
“Tah, Ummi... Saya pulak langsung tak kenal siapa Huda Nabila ni.”
“Hidayatul Nabila lah! Ish sebut molek sikit nama anak dara orang!”
“ye.. dia tu.. dah tu macam mana saya nak bertunang dengan dia.. kahwin dengan dia segala bagai? Tak logik la ,Ummi.”
Ummi mengetam bibirnya. Sudah kering agaknya idea nak pujuk anak teruna sorang ni.Sudah tu nak buat macam mana lagi Ummi? Anak Ummi ni dah sayang sungguh-sungguh dengan Dayang Intan Zulaikha tu Ummi, dah tak nampak perempuan lain. Tapi bukannya niat Fathin nak derhaka dengan Ummi, tidak.. dari kecil lagi ustazah ajar Fathin supaya ikut cakap mak ayah.
“Macam ni lah Fathin. Ummi mintak satu je ngan Fathin.”
“Apa ,Ummi?”
“Fathin buat istikharah dulu, kalau betul Intan tu gadis terbaik untuk Athin, habis exam nanti Ummi tolong Fathin siapkan rombongan meminang ke Sabah.”
Cup.
Meminang?
Kiranya bertunang lah eh? Eh aku baru 25 tahun kut? Setahun dua lagi bolehlah!
Tetapi Ummi tetap berkeras. Katanya tak elok lama-lama tanpa ikatan. Paling-paling bertunang saja dulu, bila ekonomi sudah kukuh sedikit bolehlah bernikah pula. Ah Ummi ni. Dah tak sabar nak timang cucu lah tu. Aku pula anak sulung. Hah. memang aku lah dulu yang kena kahwin.
Akhirnya aku akur dengan bonda tercinta. Aku buat juga istikharah. Bukan hati tak yakin dengan janji sehidup semati Intan, tetapi memang ada sekelumit rasa gusar juga yang acapkali bermain di fikiran setiap kali memikirkan cerita Mus’ab. Biarpun khabar yang menyinggahi telinga ini belum lagi dipastikan kesahihannya, sedikit sebanyak syak wasangka ada juga bertunas dalam diri. Dan aku tidak mahu seorang pencuri yang menemani hidupku sampai mati.

“MANA ada Intan ambil duit tu, Fathin. Kenapa Fathin tak nak percaya Intan?” sudah terang lagi bersuluh pun masih mahu baling batu sembunyi tangan lagi ye Intan?
“Bukan tak nak percaya Intan, memang dah tak boleh percaya lagi dah.” Dah aku selidik habis-habisan pun. Takdelah habis-habisan sangat. Aku update dengan Mus’ab je lah. Lepas tu ada jugak dua tiga member lama kat universiti tu perli-perli aku simpan awek tangan panjang. Intan ni pun satulah. Kalau ye pun dah kaya RM3k yang gi beli beg tangan Coach tu apesal lah. Memang la kantoi. ’Wine taste for beer budget’. Budget tak lepas gi curi duit kat ATM orang pulak. Tapi nasib baik betullah Allah singkapkan awal-awal keburukan Intan ni. Kalau dah terkahwin nanti, tak ke aku hairan mana meruapnya pitis aku ?
“Judge me not, darling..please?” aku menekan ‘button’ ‘end call’ pada tetingkap Skype. Video Intan terputus.
“Sorry. Kita sampai sini je.” Aksara-aksara pada papan kekunci kutekan laju. Sebaik pesanan tersebut dihantar, bertubi-tubi pula panggilan Skype dibuatnya. Memang tidak mudah tidak endah pada panggilan tersebut. Tapi taman dalam hati ini harus kuracun mati agar tanahnya dapat kugembur untuk kusemai benih cinta yang baru! Aku pasti ini petunjuk dari langit. Dan aku yakin aku tak akan tersalah langkah lagi.
Ah, kau Fathin.. Patutnya orang bercinta yang pandai bermain madah. Ini engkau yang baru putus cinta pula over.
Skrin laptop ditutup sebelum telefon bimbit diatas katil kucapai. Ada sesuatu yang aku perlu khabarkan kepada bonda....
Belum sempat nombor telefon Ummi habis ditekan, nombor lain pula yang tertera di skrin LCD telefonku. Intan. Punat merah ditekan.
Sekali lagi wajah intan terpapar pada piksel-piksel telefonku, menandakan ada panggilan masuk dari tuan punya wajah tersebut.
Sekali lagi juga punat merah ku tekan bagi menamatkan panggilan. Degil budak ni.

1 Message
My Darl Intan

‘Sayang, ada orang sihir you ke? Darl tak percaya Fathin begitu cepat berubah hati.. Selalu Sayang ucapkan cinta pada Darl, Darl percaya cinta sayang seteguh Kinabalu memasak bumi. Kenapa Sayang berubah dalam sekelip mata macam ni?’
 ‘Darl minta maaf, Darl janji tak buat lagi, sumpah, Yang! Sumpah! Darl memang salah.. tolong la Sayang jangan tinggalkan Darl =’( ..’ seketika selepas mesej pertama, mesej kedua pula masuk ke inbox aku. Cepat-cepat mesej-mesej tersebut dipadamkan, takut berubah pula hati yang belum betul-betul teguh ni.

“MISTERI nusantara.. Dr. Love dumped his lover. Wow.. boleh buat headline suratkhabar kut?” Mus’ab ketawa terbahak-bahak mendengar lawak Bullah , atau nama sebenarnya Hasbullah Nawawi. Sirap limau disedut sedikit dari gelas. Fathin kekal bungkam. Mi goreng pataya dikuis-kuis dengan hujung garfu. Agak-agak kalau bukan kawan baik aku dah lama kut aku suruh makan mi guna hidung tuh. Mujur aku dah biasa sangat dengan puak-puak ni. Mulut je kadang-kadang tak ada insuran, tanda memang tiada rahsia antara kami.tak ada nak selindung-selindung, hipokrit... tak ada tu semua.
“Apa terkejutnya.. biasalah kalau jodoh tak panjang, clash lah,” heh, cakap macam hotstuff, konon pernah tukar-tukar awek. Padahal Intan seorang tu je yg pernah jadi ratu hati, buah hati pengarang jantung!
“Eleh ye lah tu.. padahal dulu masa couple bukan main macam belangkas lagi . Takkan macam tu je kau boleh tak suka dia lagi dah?” celah Mus’ab pula. Entahlah Mus’ab, aku sendiri takde jawapan untuk soalan tu. Dah memang tiba-tiba je tak berkenan lagi kat dia. Which is weird. Sebab lumrahnya bila orang putus cinta mesti frust menonggeng. Aku pulak macam tak ada perasaan.
“Do I need reasons?” Soalan dibalas soalan.
“Aku tanya ni nak suruh kau jawab, bukan tanya lagi.”
“Entahlah weh. It just... happened...” maaflah Mus’ab, memang tu je jawapan yang aku boleh bagi masa ni.
“Tapi aku cakap siap, aku rasa kau kejam sangat la weh. “Bullah menyelit. “macam tu je kau dump dia. Silap-silap boleh gila dia tu. Macam tu je kau pergi. Tak ke terkejut si Intan tu?”
“dah tu macam mana lagi. Kalau aku lambat-lambat karang ada makan pujuk pulak aku.” Dan aku dah buat istikharah pun. Aku dah yakin keputusan aku ni betul. Cumanya boleh jadi juga aku lemah balik bila berdepan dengan Intan. Mana-mana laki yang bajet tough tu kalau kena ngayat ngan awek memang confirm la lembik. Ingat laki je pandai mengayat? Heh..
“Gentleman la sikit. Kau tahu tak, orang-orang macam kau ni lah yang mencemarkan nama baik kami lelaki sejati!” tegas Bullah. Mus’ab mengangguk-angguk macam burung belatuk. Student matematik tulen itu tak banyak bercakap. Agaknya otak sudah penuh dengan calculus dan segala bagai bahasa matematik sampai skil bahasa manusia menjadi tumpul pula. Hehe.. sorry la kawan.. termengumpat pula.
“Eh?! Ape pulak?!”
“Kau pernah tak baca luahan perasaan kat surat khabar, pasal wanita kecewa ditinggal teman lelaki lah, tekanan akibat ditinggal tanpa sebab. Kau tak rasa ke kau dah buat benda yang sama kat dia?”
“Tapi aku taknak bagi harapan okay.”
“Apa pulak bagi harapannya... ni orang kata ‘cushioning the impact’. Kita alas supaya reaction momentum tindakan kau tu dapat dikurangkan dan sekaligus meminimakan kecederaan emosi beliau.” Benda apa pulak dah Bullah ni. Tahulah budak engine pun.. benda ni pun nak translate dalam istilah Fizik. Sebagai pelajar pergigian yang sudah lebih kurang lima tahun meninggalkan subjek Fizik, aku hanya mampu membuat muka blurred sebagai ganti sebuah reaksi lisan.
“Okay.. Tein, kau slalu dengar lagu tak?”
            “Uhuh..Asal?”
            “Kau pernah dengar tak.. ’Hancur hati bila kau undurkan diri, bila kau undurkan diri ~ meninggalkan akuuuu . meninggalkanku sendiriiii”
            “HAISH! Takyah la kuat-kuat sangat karok tu!” Aku memandang sekeliling kedai makan itu. Mujur tak ramai orang. “pernah je.. aku selalu kut melalak lagu tu. Kenapa?”
            “Haa.. yang ni? yang ni? ‘Kumenangiiiissssssss membayangkan.. betapa kejamnya dirimu atas diriku~’
            “Hmm2.. pernah la jugak kat radio masa bawa kereta.”
            “Aku just nak cakap, mesti awek kau tu hancur hati gila bila kau lepas dia macam tu je. Dalam al-Quran pun cakap kalau nak cerai bini, cerai dengan cara yang baik tahu, bhai? Kau sepatah dua tu je kau cakap lepas tu terus blah macam tu. Cerai via Skype n SMS je pulak tu.” Uh? Dia pusing kut mana pulak dah ni?
            “Sejak bila pulak Intan tu bini aku ni?”
            “Payah betullah cakap dengan kau ni Fathin. Kau sebagai bakal doktor gigi sepatutnya kena tahu mendengar dan faham apa orang cakap. Nanti pesakit kau sakit gigi kau gi tebuk lelangit dia pulak.” Bullah berleter. “ Aku tak kata pun Intan tu bini kau, aku cuma sandarkan dia , kias, kau tahu kias? ”
            “Okay okay. Konklusinya?”
            “Kau pergi slow talk dengan dia, terangkan kenapa kau break dengan dia.”
Yang tu dia sendiri dah tahu. Sebab suatu khilaf besarnya telah tersingkap . You lost your pride, you’re not my bride. Tak payah sembang panjang lagi. Tiada yang tersirat, semuanya tersurat.
            “Malas ah aku.” Malas mahu memanjangkan isu ini. Malas mahu bertengkar dengan puak-puak ni. Malas mahu bertikam lidah dengan Intan.

            “BETULLAH Ummi... Long dah clash dah dengan dia.”
            “Jadi Along setujulah dengan rancangan Ummi ni?” aku dapat merasakan Ummi sedang tersenyum lebar di sebelah sana talian. Mana tidaknya, anak teruna bujangnya sudah tidak berpunya. Selangkah lebih dekatlah Ummi untuk melaksanakan percaturannya.
            “Mana pulak Ummi, Fathin tak cakap apa-apa pun fasal setuju dengan rancangan Ummi kan?”
            “Ate kamu ni.. Ummi kenal benar dah anak Ummi ni. Dan Ummi kenal benar dah dengan Hidayatul Nabila tu. Takkan Ummi nak kenenkan kome berdua kalau Ummi tahu itu bukan yang terbaik,” aku sendiri menyimpul senyum mendengar telor Ummi kala berbicara. Keluar habis loghat Peraknya bila dia bersungguh-sungguh nak menyampaikan apa yang dia fikirkan.
            “Tapi takkan Ummi nak kahwinkan dia sekarang. Budak tu tengah SPM kan...?”
            “Memanglah bukan sekarang. Kalau kamu setuju tahun depan kita ikat dia dulu.”
            “TAHUN DEPAN , Ummi?? Tahun depan as in dia umur 18??”
            “Dengar dulu Ummi cakap ni. Kamu dengan dia kan belum kenal betul. Masa bertunang tu kamu berkenalan la dengan dia. Kalau tak setuju tak ada masalah, Fathin cari saja yang lain. Kita putuskan pertunangan dengan cara baik.”
            “Tapi kenapa awal sangat ? Budak tu br habis SPM kut masa tu?”
            “Habis, kamu nak tunggu dia habis degree baru bertunang? Kalau tak jadi dengan kamu, masa tu dia dah umur berapa? Kalau dia jumpa dulu calon sebelum kamu? Melepas juga kamu.” Alasan Ummi ada logiknya. Mungkin luar daripada norma masyarakat tetapi apa salahnya?
            “habis tu nikahnya bila pulak?”
            “Itu nanti kamu dengan dia bincanglah hal tu. Tapi paling-paling lewat habis degree dialah.”
Okay. Apa salahnya ikut pilihan Ummi kan? Apa orang kata? Berkat? Haa.. berkat. Lagipun kalau dah Ummi pun kenal dia, rasanya tak mungkinlah dia tu pencuri kan?
            “Hujung minggu ni baliklah dulu. Kita bincang lagi ye Along.”
            “EH Ummi Ummi Ummi! Kejap!”
            “Ye Ummi sini..”
            “ermm.. Fathin nak study weekend ni. Exam kan. Macam nilah Ummi. Fathin ikut je Ummi.” Oh apebende yang aku cakap tadi? Aku setuju?  Hah! berani betul aku ambil risiko ! Tapi lebih baik Hidayatul Nabila ni daripada aku cuba tackle orang yang aku tak kenal betul . At least Ummi dah kenal budak ni. So kira okaylah tu.
            “Betul ni?”
            “iyee.. betullah Ummi..”
            “Okay.. kirim salam pada room mate kamu ye. Assalamualaikum.”
            “Kirim salam kat walid dengan adik-adik jugak. Lepas tu jangan lupa buatkan solat hajat kat Along , jangan bagi Along kandas sem ni. Along tak rajin nak mengulang satu sem.”
            “Insya Allah..”

­­­

Macam itulah titik permulaannya aku dan si keras kepala ni boleh bertunang. Ummi tak ada cakap pun Atul ni punya payah nak pujuk. Kalau aku tahu dia belum setuju ,  aku takkan teruskan peminangan ni. Tetapi alang-alang sudah bertunang ni, kenapa tidak beri satu peluang pada diri sendiri untuk kenal siapa aku? Kenapa perlu tutup kemas hati itu?
Ummi sudah tentu belum tahu yang Atul ni belum beri persetujuan pun. Aku sendiri tak berhajat nak beritahu. Apa lagi bila ibu Atul sendiri meminta agar aku tidak membongkarkan perkara tersebut.
Pagi itu semua ahli rombongan meminang sudah beransur pulang ke Bangi. Tinggal aku sahaja di sini dengan alasan mencari barang yang dipesan rakan di Pekan Rabu, sedangkan hakikatnya aku perlu menjejaki Cik Tunang yang menghilangkan diri. Marah-marah juga Ummi kerana tujuan kami ke mari untuk meminang puteri rakan baiknya, bukan melancong makan angin di negeri Jelapang Padi ini. Minta maaflah Ummi. Hal ni memang penting. Nak buat macam mana lagi.
 Sempat berbicara dengan Puan Rumaizah sebelum ke Perpustakaan Awam Negeri Kedah mencari Atul. Kalau Ummi berhajat untuk memelihara ikatan persahabatan mereka dengan ikatan darah, Puan Rumaizah punya sebab kedua yang dirahsiakan daripada Atul. Sebab yang membuatkan aku lebih-lebih lagi mahu Atul mencuba untuk menjayakan pertunangan ini agar tidak sia-sia usaha ibu-ibu kami.
Kalaulah Atul tahu kenapa ibunya beria-ia mahu dia kahwin dengan aku! Kalaulah! Pastinya dia tidak akan seliar ini untuk dijinakkan!