Pengskodeng =D

Ahad, 21 Ogos 2011

Chapter 7


Hendak seribu daya, tidak hendak , seribu dalih!
            Ma sudah tentu tak bagi aku pergi ke luar negara. Awal-awal lagi dah pesan supaya aku masuk matrikulasi je. Dekat katanya, senang sikit nak tengok-tengokkan.
Come on lah Ma.. Ma ingat Atul tak nampak ke udang di sebalik batu, lipan di sebalik bata, lipas di sebalik tong gas ? Ma sebenarnya nak Atul kahwin sebaik-baik saja Atul habis matriks, kan? Lepas tu duduk sekali dengan Mr. Husband *errgghhh* masa buat degree.
Tak sanggup aku dengan perut memboyot masuk dewan kuliah.
Oh tidaaakkk!!!
“So why do you choose engineering?” Panel penemubual menyoal.
Saya sebenarnya tak minat sangat pun engineering ni tapi disebabkan saya jauh lagi tak minat perubatan maka ni jelah pilihan yang saya ada. Nak ambil sastera ikhtisas, saya dulu tak ambil Prinsip Akaun. Nak ambil Dentistry, saya tak mahu pergi India. Tapi saya nak jugak pergi luar negara. Maka saya nak jugak biasiswa ni sebab saya nak lari jauh-jauh dari tunang saya, famili saya. Saya nak jugak pergi seberang laut!
“I’m interested in physical wonders and how much physics has solved the problems in our lives. Physics fascinates me so much that I’ve always wanted to be involved in physics for everyday of my life. And I believe by being an engineer, I would be able to do so.” Menipu. Physics lah subjek yang aku paling meluat selepas Add Maths masa sekolah dulu. Aku expect B3 untuk Physics aku. Mana tahu dapat A1. Tapi aku memang ngetop kalau subjek bahasa. Jadi bab-bab kelepet ni memang aku cekap. hehe..
Ye. Hendak seribu daya. Aku yang turun naik pejabat MARA negeri ambil borang sendiri. Aku pergi library hari-hari semata-mata nak guna WLAN untuk isi borang atas talian. Aku selongkar almari mak ayah aku cari slip pendapatan segala bagai. Aku tiru tandatangan mak ayah aku sebab kalau mintak , dah tentu tak dapat.

Pintu pagar rumah ditolak. Lepas Subuh terus aku keluar walaupun temuduga sebenarnya pukul 8.30 pagi. Tak mahu terkantoi. Nasib baik hari ni hari bekerja. Ma pergi kerja. Abah pun. Faiz dan Faiq di asrama. Pantas aku menghenyakkan tubuh ke sofa, letih berjalan, memasang niat untuk bangun sebelum zohor.
“Achik...Achik..” bahuku ditepuk berulang kali.
“Achik, apa ni ?” Ma tercegat di sisi sofa sambil memegang folder sijilku. Aku menlihat jam tangan. 3.30 pm. Ah sudah. Terlajak pula
“Folder sijil.” Aku menyua tangan untuk mengambil kembali folder hitam tersebut. Ma enggan menyerahkannya kepadaku.
“Kamu pergi interview biasiswa tadi kan?” Wajah Ma penuh kerutan. Tag nama ‘Rumaizah’ masih belum ditanggalkan . Nyata Ma baru pulang dari sekolah tempat dia bekerja sebagai Penolong Kanan.
“Ma ni ada-ada jelah. Bagilah balik folder tu, Achik nak simpan.”
“Kamu jangan nak menipu. Ma nampak resume kamu dalam ni! Kan Ma dah cakap, jangan pergi luar negara! Kenapa kamu minta juga?”
“Ye , memang Atul mintak! Atul mintak nak pergi US. Jadi apa? Atul mintak je pun. Bukannya dapat lagi!”
“Apa masalahnya dengan matriks, pra-U yang lain? Atul bukan tak boleh belajar dalam negara kan?”
“Ikut suka Atul laaaaa ... Atul yang belajar, bukan Ma!”
“Kalau jadi apa-apa dekat Ma masa Atul kat luar negara macam mana?” mata Ma menggenang air.  Aku jadi bisu. Mata Ma yang berkaca-kaca menusuk anak mataku pula.
Bullseye, Ma. Ayat Ma menyimpul mati lidah Atul. Kenapa Ma mesti sangka yang buruk-buruk? Ma kan muda lagi, kuat lagi, sihat lagi?
“Sudahlah.. Ma takkan faham apa yang Atul nak!” aku mengambil folder sijil dari tangan Ma lalu berlari ke atas. Susah betullah. Mak bapak orang lain bukan main nak hantar anak pergi luar negara. Mak aku sendiri nak rantai aku kat tanah ni juga. Biarlah aku terbang tinggi-tinggi. 4 tahun saja degree di luar negara tu. Bukannya lama sangat pun.
Dan yang paling penting, aku dapat kebebasan. Aku boleh tinggalkan cincin ni di sini. Belajar puas-puas. Cari boyfriend seorang di US tu, habis degree baru fikir pasal kahwin. Yang penting laki tu lebih kurang sama baya dengan aku. Dan tak buat perangai menyakitkan hati macam encik Fathin tu. Ergh , fikir je pasal dia dah rasa bengang. Mungkin... Asyraf Fahmi?
Tore doreng~
Nokia Express radio di bucu katil berbunyi, tanda mesej masuk.
Gondai
Speak of the devil.
‘weyh tadi Pendek cakap dia jumpa kau masa interview biasiswa. Dia kata kau mintak engine’
‘yep. Takkan nak ambik medic pulak.Takde life kut jadi doktor nih.’
‘macam jadi engineer ada life je.’
‘alah, aku belajar sampai PhD lepas tu aku masuklah research.’
‘ye lah tu. Tengok-tengok lepas kahwin duduk ceruk dapur je..’
‘ei bab-bab kahwin ni ak sensitif sikit, jangan sebutlah..’
‘UPU kau mintak apa?’
‘pharmacy, dentistry, sains hayat, engine.. apa lagi ah.. tak ingat dah..anything but meds..’
‘kalau kau dapat dua-dua macam mana...UPU dan biasiswa maksud aku’
‘well, obviously I’m going for the scholarship’
‘...and leaving me rotting here..’
‘Kau dah hidup like.. 15 years without me.. how hard another 4,5 years could be.. kan?’
‘memang kau akan blah dari hidup aku pun kan? Lepas kau dah kahwin ngan doktor gigi tu?’
‘I ain’t marrying him, Asyraf.. kau pun tahu kan’
‘but what chance do you have against it? What chance, Bell, what chance?’
Asyraf.. kau hanya buat semua ni makin susah je tahu? Cuba bagi motivasi sikit. Ini tidak. Aku mintak biasiswa ni pun sebab nak lari dari semua ni tahu ?
‘kau ni nak sangat ke aku nikah ngan dia hah..? kau rasa kalau aku bagi kad jemputan kahwin aku dengan dia, kau nak datang ke? kau nak tengok benda tu jadi, Asyraf? Kau nak sangat ke?’
Sunyi sepi kembali mengisi ruang bilik. Asyraf memilih untuk tidak membalas. Tiada kreditkah? Ah. Dia pakai line. Bukannya aku tak tahu...

­­­­­­
Umur 18 tak muda sangat... kan?
Terima kasih kepada Friendster, aku mengenalinya. Kebetulannya semasa di tingkatan 4, kami ditempatkan di kelas yang sama. Itupun hanya sebulan sebelum dia ke MRSM. Ah, zaman kanak-kanak..
Pelik juga bagaimana dua orang yang hanya berbicara melalui YM dan pesanan ringkas boleh jadi kawan rapat. Agaknya kerana tak nampak wajah, tak perlu bermuka-muka.
Dari dulu lagi semua orang menyakat. Kalau aku dapat mesej tu memang kebanyakan masanya, mesej tu daripada Bella. Semua ingat kami bercouple, sedangkan Bella dan aku lebih memahami prinsip masing-masing. Ubun-ubun belum keras, jangan gatal nak bercintan-cintun. Status kekal kawan. Aku dan dia belum mahu rasa hanyut. Belum mahu melayan lagu jiwang. Belum mahu bergayut dalam pekat tengah malam buta. Mana tahu dia tiba-tiba dapat tunang seorang?
Aku masih ingat kata ustaz. Kalau seseorang tu dah bertunang, haram kita meminang. Tapi kalau tak meminang? Kalau terus nikah? Aku bukan nikah dengan bini orang pun. Aku nikah dengan tunang orang je .. kan?
Ngeng. Still kau kena ajak dia kahwin. Bukan meminang ke tu?
Dan kalaupun boleh, tak ke umur 18 ni muda sangat nak kahwin? Budak matriks pun tak boleh kahwin. So kalau aku kahwin, maknanya aku tak bolehlah terima tawaran matriks. Asasi aku rasa tak boleh kahwin jugak kut? Yang boleh tingkatan 6 ja. Tak rajin aku nak masuk Tingkatan 6.. dua tahun kut.  Lagipun kalau nak nikah sekarang mana nak korek duit hantaran segala bagai?
‘kau ni nak sangat ke aku nikah ngan dia hah..? kau rasa kalau aku bagi kad jemputan kahwin aku dengan dia, kau nak datang ke? kau nak tengok benda tu jadi, Asyraf? Kau nak sangat ke?’
Kau lagi tanya.
1)      Aku tak nak kau kahwin dengan dia.
2)      Aku takkan pergi. Confirm aku tak pergi. Sebab aku nak atas kad jemputan tu nama aku ngan kau je. Tapi kucing bertanduk pun dah takkan jadi.
3)      Aku dah jawab, aku tak nak benda tu jadi.

Tapi aku tak punya kudrat nak menghalang benda ni. Aku bukan Russia, Amerika. Aku tak punya veto. Aku hanya mampu tengok je. Macam tengok wayang.. tengok kisah cinta tak kesampaian. Tapi aku tak makan popcorn la. Aku makan hati je.
Tengok? Belum bercouple lagi dah frust macam baru clash. Layan jiwang je tahu!
“Asyraaafffff, tolong beli daun sup! Mak nak buat sup tulang ni,” laung ibu dari dapur. Dah hampir asar. Kerja aku dari pagi menyembamkan muka ke bantal. Macam anak gadis tengah PMS saja. Kalau dapat tahu dek geng-geng bola aku ni memang kena gelak satu dekad.  Lambat-lambat aku menyarung jersi bola rumah sukan tahun lepas. Muka dipercik air sedikit, biar hilang sembap kat mata. Malu je anak jantan merambu air mata. Huh.
“hah, ambil duit dalam pasu tepi tv tu. Beli daun bawang sekali. Habis dah daun bawang dalam petu ais tu, Ucop buat bagi makan arnab Mak Jah sebelah rumah. Macam dah habis rumput kat dunia ni.”
“Mak.”
“ape.”
“Mak, kalau...” gila! Gila sungguh! Mulut siapa yang tengah cakap ni??
“..Kalau Acap nak kahwin tahun ni boleh, Mak?” Mak berhenti mengucar bawang kisar dalam kuali. Tangan kiri dicekak di pinggang. Combo dengan dahi berkerut dan mulut sedikit ternganga. Matanya tajam merenung. Jantung dalam ruang thorax sudah mula laju ala Ferrari.
“Apa benda tadi? Mak tak berapa nak dengar.”
“err.. Kalau Acap nak beli buah oren skali boleh, Mak?”
“Ohhh Mak ingat kamu cakap kamu nak kahwin tadi..terkejut Mak.. Ngaji pun belum habis, nak bagi anak bini makan pasir? Kalau nak beli oren takpelah.. beli yang ada pusat tu ye.. yang tu manis sikit,” dan Mak pun kembali menumis bawang untuk dibuat sambal.
Nah.. Ambil jawapan itu. Telan bulat-bulat. Telan, biar berakar kukuh dalam diri .
Enjin motor kapcai dihidupkan. Helmet ungu kusarung ke kepala. Helmet yang.. ketika mana aku sibuk mengecatnya, Bella baru saja bergelar tunangan orang.
Hoi, parah hang ni Acap..  sampai ke helmet pun boleh kaitkan ngan si Bella. Dah majnun kut!
Lagu First Love dendangan seorang budak kecil tak cukup umur bergema dalam otak separa sedar.
Ah siapa pula yang pasang radio dalam kepala nih?
Memang parah, Acap. Memang parah. Ubat penyakit angau bukan macam ubat panau. Boleh dibeli over the counter.
Kalau dah taman nak tumbuh dalam hati, wajarkah disemai atau diracun mati?