9
“TAPI Abah, Atul memang minat engineering niiii”
“Atul tak payah nak kelentong Abah la.. haritu dapat surat offer bukan main berseri lagi muka.”
“Atul serious ni , Bah..”
“You liked Dentistry because you can work office hours and you get to learn bio. Unlike medic which have on call duty. Dentists have hectic life for a few first years only. Don’t bargain your future just because you don’t want to agree to your mother’s decision, Atul!” dan bila Abah berbahasa inggeris, itu bermakna dia benar-benar serius.
“ SHE was the one who sold me to some guy for her own interest. Did she ever consider leaving MY future for me to determine? No, kan?”
“I’m not fetching you. End of discussion! Now, I got work to do. Assalamualaikum”
___________________________________________________________________________
Ma dan abah ingat aku tak boleh lari dari situ. Okay, tak lari la. Kereta api tiket murah. Naik kereta api dari KL Sentral balik Alor Setar lepas setelkan borang-borang semua. Aku cukup cekap bab-bab borang ni. Masuk MRSM dulu pn aku sendiri yang uruskan segala benda. Dan aku punya cukup simpanan hasil kerja part-time dulu. Heh. Cukup punyalah kalau takat nak masuk KMB tu. Berapa sen sangat perlu.. ye dak?
Pintu kunci. Oh ya. Semua orang pergi kerja. Hari Selasa. No biggie. kunci dalam stilleto Prima Vera Shiro di rak kasut, tingkat tengah. Hehe. Ma dengan Abah mesti terkejut gilalah temgok anak dara diorang ni dah balik. Jangan lepas ni aku kena tambat sudahlah.
Dua setengah sudu Milo, satu setengah sudu susu pekat, air panas setengah , ais sampai tebing mug. Ouh, hantu Milo memang tak boleh masuk dapur. Sebulan sekilo milo aku balun. Kaya syarikat Milo tu sebab orang-orang macam aku lah. Bancuh tak reti nak ceroi-ceroi sikit. Ceroi mana sedap. Kalau aku bancuh ceroi , Ma takkan suruh aku buat Milo ais untuk dia setiap kali aku balik cuti dari MRSM tu. Sekarang tunangkan aku dengan entah siapa-siapa entah. Hah, sapa nak tolong bancuhkan Milo lagi dah?
Serentak itu, gril depan rumah berbunyi. Aku mengerling jam dinding dapur. 9.00 pagi. Takkan Ma kut? Abah pun mana cuti hari Selasa.. kan?
Parang penetak daging kucapai dari bekas pisau. Kurang-kurang boleh hayun-hayun, kena la jugak muka dia ka tangan dia ke kan.. aku mengintai dari pintu dapur. Suatu lembaga hijau memasuki rumah, kurus kering, memang macam penyangak. Tapi.. mana ada penyangak masuk rumah tutup balik gril. Penyangak itu memusingkan badannya ke arahku....
“Ma?”
“eh Atul?!”
Aku meletakkan kembali pisau daging ke tempat asalnya. Mug milo kucapai. Dah kena buat spek agaknya aku. Ma pakai baju kurung hijau boleh pulak dikatanya penyangak. Memang dah rabun. Tapi..Ma tak pergi kerja pulak?
Sebelum menaiki tangga aku merenung ke arah Ma. Nak bertanya tak mungkin, tak mungkin selagi ikatan pertunangan ini belum terurai. Tapi hati ini ingin sekali mengetahui, ubat apa yang terkandung dalam beg plastik yang Ma jinjing tu? Takkan sekadar sakit kepala sedikitpun Ma ke klinik dan ambil MC?
“Atul.” Ma memanggil lembut dari ruang tamu sedang kakiku mahu melangkah menaiki tangga.
“Atul dah keluar dari UIA ke?” aku diam .Pandangan mata Ma bertemu sisi wajahku.
“Ha’ah.”
“Kenapa?”
“Ma dah tahu kenapa. Tak payah tanya lagi dah.”
Aku menaiki tangga dua langkau sekali. Enggan berdebat lagi.
SEMINGGU di rumah, surat tawaran tiba. Aku membaca surat tawaran berulang kali. Syarat 6.6: pelajar dilarang berkahwin semasa menjalani kursus persediaan. Hehe.. dua tahun aku boleh mengelat.Lama-lama penat budak tu tunggu aku. Confirm lari cari awek lain. Lautan Morib sanggup kukunjungi, hutan kelapa sawit sanggup kuredahi, sehulu mana pun Banting akan kupergi, demi menjauhi percaturan ini HAR HAR HAR HAR~
“Atuuulll~ cepat turun. Mak mentua awak dah sampai niiii” laung Abah dari bawah. Mak Cik Timah and Hubby dah tiba bersama Fathin. Kali ini untuk membincangkan tentang tarikh perkahwinan yang terpaksa ditunda kerana aku bakal melanjutkan pelajaran ke kolej persediaan ke luar negara. Aku menyarung jeans dan sehelai T-shirt biru Diesel menggantikan baju kelawarku. Ma confirm marah. Calon menantu Melayu terakhir patut pakai kain batik jumpa mak mentua.
PEMBETULAN. Bakal Bekas Bakal Mak Mentua. A.k.a soon to be ex-future mom in law. Bukan mak mentua. Dan aku akan pastikan gelaran tu jadi Bekas Bakal mak Mentua sebelum kunjungan ini berakhir.
“Kat mana ye tempat tu? Banting ye?”
“Ye mak cik. Banting.”
“Baguslah. Dekat dengan Bangi. Setengah jam je. Bolehlah kita gi dating kat Alamanda hujung minggu ye?”sampuk Fathin di sebelah, beserta sengih yang menampakkan sebaris gigi. Aku membalas dengan senyum plastik. Macamlah hang boleh culik aku keluar dari situ...
“Apa kamu ni Fathin.. ish.. bawak ajelah Atul balik rumah kita. Biar dia tidur rumah kita je.” Cadang Makcik Timah pula. Lambat lagipun aku pergi daftar. Apehal beria-ia sangat puak-puak ni. Biar jelah aku hidup aman damai dalam ladang kelapa sawit tu.
“Oh ye. Tadi Atul kata tak boleh berkahwin semasa program eh?” tanya Makcik Timah. Aku mengangguk. Untung. Kalau matriks boleh tangguh setahun saja perkahwinan ni. Program persediaan ni pulak 2 tahun.
“Habis tu kena tunggu Atul habis degree lah ye baru boleh kahwin?” aku dapat mengesan nada panik dalam intonasinya. Takut aku bernikah dengan mat saleh mata biru ke?
“Well....”
“Tapi Ummi, ada je kawan Fathin yang kahwin masa degree kat luar negara. Maksudnya bolehlah.” Eiisshh sibuk je lah si rabun ni.
“Ye tak ye kaaannnn?? Hah.. habis je program persediaan tu Fathin dengan Atul nikahlah!” Eh, boleh pulak decide macam tu je. Baik tak payah datang berbincang kalau buat keputusan sendiri macam tu je!
“Ha! Betul jugak tu Timah, tak payahlah tangguh lama-lama benda baik macam ni,” sampuk Ma pula.
“Lepas tu bolehlah Fathin gi teman Atul masa buat degree kat sana ye dop?” Encik Zainul Abidein pula menambah. Abah mengangguk-angguk tanda setuju. Semuanya berpuas hati dengan rancangan tersebut, seolah-olah satu solusi kepada sebuah permasalahan mega telahpun ditemui. Mereka lupa. Lupa bahawa aku ada di situ, lupa bahawa hak aku untuk bersuara telah sewenang-wenangnya dimansuhkan tanpa ihsan. Aku seraya bangun. Sama sahaja aku ada atau tiada di sini bukan? Baik aku keluar saja, melayani awan petang lagi best daripada tercegat tak bersuara di sini.
Mountain bike merah di sisi pintu ku naiki. Rambut yang hampir mencecah pinggang kuikat kemas.
Tak apa... Bak kata pepatah inggeris, action speaks louder than words kan? Susah apa. Kalau sekarang diorang taknak dengan aku cakap, nanti aku lari sajalah waktu nikah. Malaysia ni bukan siam, bukan arab. Takde pengantin perempuan, tak jalan upacara nikah tu. Biar padan muka puak-puak tu. Degil sangat!
Sebaik sahaja aku membuka pintu pagar, Fathin muncul di muka pintu , kelam kabut memakai sepatunya.
“Matte yo!”
‘Nanti!’ laungnya dalam bahasa Jepun. Aku sedikit terkejut.
Ah.. maksudnya dia fahamlah ye aku cakap kat dia ‘shiranai bakka’ dulu tu.....
“Atul nak pergi mana tu?”
“Tak payah sibuklah!” dan aku terus mengayuh pantas. Itulah. Tak nak ambil lesen awal-awal. Kalau tidak dah boleh merempit tadi.
Beberapa ketika berkayuh, aku tiba di kawasan penanaman padi. Kedah, Jelapang Padi. Aku duduk di atas tanah menikmati pemandangan petang. Cantik benar sawah yang hijau macam karpet tu. Nanti bila padi ni semua dah berbuah lebat-lebat lagi best tengok. Rasa bahagia je tengok nasik tumbuh macam tu. Lepas musim menuai, boleh main layang-layang pula kat bendang ni. Sempat tak agaknya aku nak main layang-layang kali ni? Teringin la pulak. Kali terakhir aku main pun masa darjah enam.
“ Cantik kan, padi ni?”
“TAPI Abah, Atul memang minat
engineering niiii”
“Atul
tak payah nak kelentong Abah la.. haritu dapat surat offer dentistry bukan main
berseri lagi muka.”
“Atul
serious ni , Bah..”
“You
liked Dentistry because you can work office hours and you get to learn bio.
Unlike medic which have on call duty. Dentists have hectic life for a few first
years only. Don’t bargain your future just because you don’t want to agree to
your mother’s decision, Atul!” dan bila Abah berbahasa inggeris, itu bermakna
dia benar-benar serius.
“ SHE
was the one who sold me to some guy for her own interest. Did she ever consider
leaving MY future for me to determine? No, kan?”
“I’m not
fetching you. End of discussion! Now, I got work to do. Assalamualaikum”
___________________________________________________________________________
Ma dan abah ingat aku tak boleh lari dari situ. Okay, tak
lari la. Kereta api tiket murah. Naik kereta api dari KL Sentral balik Alor
Setar lepas setelkan borang-borang semua. Aku cukup cekap bab-bab borang ni.
Masuk MRSM dulu pn aku sendiri yang uruskan segala benda. Dan aku punya cukup
simpanan hasil kerja part-time dulu. Heh. Cukup punyalah kalau takat nak masuk
KMB tu. Berapa sen sangat perlu.. ye dak?
Pintu
kunci. Oh ya. Semua orang pergi kerja. Hari Selasa. No biggie. kunci dalam
stilleto Prima Vera Shiro di rak kasut, tingkat tengah. Hehe. Ma dengan Abah
mesti terkejut gilalah tengok anak dara diorang ni dah balik. Jangan lepas ni
aku kena tambat sudahlah.
Dua
setengah sudu Milo, satu setengah sudu susu pekat, air panas setengah , ais
sampai tebing mug. Ouh, hantu Milo memang tak boleh masuk dapur. Sebulan sekilo
milo aku balun. Kaya syarikat Milo tu sebab orang-orang macam aku lah. Bancuh
tak reti nak ceroi-ceroi sikit. Ceroi mana sedap. Kalau aku bancuh ceroi , Ma
takkan suruh aku buat Milo ais untuk dia setiap kali aku balik cuti dari MRSM
tu. Sekarang tunangkan aku dengan entah siapa-siapa entah. Hah, sapa nak tolong
bancuhkan Milo lagi dah?
Serentak
itu, gril depan rumah berbunyi. Aku mengerling jam dinding dapur. 9.00 pagi.
Takkan Ma kut? Abah pun mana cuti hari Selasa.. kan?
Parang
penetak daging kucapai dari bekas pisau. Kurang-kurang boleh hayun-hayun, kena
la jugak muka dia ka tangan dia ke kan.. aku mengintai dari pintu dapur. Suatu
lembaga hijau memasuki rumah, kurus kering, memang macam penyangak. Tapi.. mana
ada penyangak masuk rumah tutup balik gril. Penyangak itu memusingkan badannya
ke arahku....
“Ma?”
“eh
Atul?!”
Aku
meletakkan kembali pisau daging ke tempat asalnya. Mug milo kucapai. Dah kena
buat spek agaknya aku. Ma pakai baju kurung hijau boleh pulak dikatanya
penyangak. Memang dah rabun. Tapi..Ma tak pergi kerja pulak?
Sebelum
menaiki tangga aku merenung ke arah Ma. Nak bertanya tak mungkin, tak mungkin
selagi ikatan pertunangan ini belum terurai. Tapi hati ini ingin sekali
mengetahui, ubat apa yang terkandung dalam beg plastik yang Ma jinjing tu? Takkan
sekadar sakit kepala sedikitpun Ma ke klinik dan ambil MC?
“Atul.”
Ma memanggil lembut dari ruang tamu sedang kakiku mahu melangkah menaiki
tangga.
“Atul
dah keluar dari UIA ke?” aku diam .Pandangan mata Ma bertemu sisi wajahku.
“Ha’ah.”
“Kenapa?”
“Ma dah
tahu kenapa. Tak payah tanya lagi dah.”
Aku menaiki tangga dua langkau sekali. Enggan berdebat
lagi.
__________________________________________________________________________
Seminggu di rumah, surat tawaran tiba. Aku membaca surat
tawaran berulang kali. Syarat 6.6: pelajar dilarang berkahwin semasa menjalani
kursus persediaan. Hehe.. dua tahun aku boleh mengelat.Lama-lama penat budak tu
tunggu aku. Confirm lari cari awek lain. Lautan Morib sanggup kukunjungi, hutan
kelapa sawit sanggup kuredahi, sehulu mana pun Banting akan kupergi, demi
menjauhi percaturan ini HAR HAR HAR HAR~
“Atuuulll~ cepat turun. Mak mentua awak dah sampai niiii”
laung Abah dari bawah. Mak Cik Timah and Hubby dah tiba bersama Fathin. Kali
ini untuk membincangkan tentang tarikh perkahwinan yang terpaksa ditunda kerana
aku bakal melanjutkan pelajaran ke kolej persediaan ke luar negara. Aku
menyarung jeans dan sehelai T-shirt biru Diesel menggantikan baju kelawarku. Ma confirm marah. Calon menantu Melayu
terakhir patut pakai kain batik jumpa mak mentua.
PEMBETULAN. Bakal Bekas Bakal Mak Mentua. A.k.a soon to
be ex-future mom in law. Bukan mak mentua. Dan aku akan pastikan gelaran tu
jadi Bekas Bakal mak Mentua sebelum kunjungan ini berakhir.
“Kat mana ye tempat tu? Banting ye?”
“Ye mak cik. Banting.”
“Baguslah. Dekat dengan Bangi. Setengah jam je. Bolehlah
kita gi dating kat Alamanda hujung minggu ye?”sampuk Fathin di sebelah, beserta
sengih yang menampakkan sebaris gigi. Aku membalas dengan senyum plastik.
Macamlah hang boleh culik aku keluar dari situ...
“Apa kamu ni Fathin.. ish.. bawak ajelah Atul balik rumah
kita. Biar dia tidur rumah kita je.” Cadang Makcik Timah pula.
Tak boleh jadi ni. Aku ingat pergi KMB boleh goyahkan
rancangan puan-puan ni. Lagi Makcik Timah suka adalah.
“Pergilah bancuh air ke sejuk, Atul. Tengahari rembang
ni, menggelegak kepala rasa. Tengah musim kemarau pulak ni.” Arah Abah. Eureka
moment tiba-tiba sahaja menerjah diriku. Terima kasih Abah kerana memberi idea
bernas!
MISSION
IMPOSSIBRU #1
Bakal
menantu (maaf. BEKAS bakal menantu) Makcik Timah ni sebenarnya seorang yang
saaaangat cemerkap. Tangannya yang sekeding batang mancis ni tak mampu
menanggung beban yang terlampau berat. Macam mana nak dukung baby nanti ye dak?
Tak ke naya cucu Makcik nanti? (kalau ada cucu la).
Aku
menatang dulang berisi sejag air dan beberapa biji gelas. Setiap langkah yang
kuambil kuatur kecil-kecil. Hadirin yang memandang pasti tertumpu pada tanganku
yang terketar-ketar menatang dulang tersebut.
Fathin
menghampiriku menawarkan pertolongan. Dengan senyuman semanis sakkarin aku
menolak pertolonganku tanpa ada sedikitpun riak ego pada wajah, sebaliknya
persona gadis tabah yang lemah fizikalnya. Tiba sahaja di meja kopi ruang tamu,
ultimatum persembahanku bermula.
KRAAANGGGGGG!!!
Karpet tenun yang diimport dari Parsi dibasahi air
Sunquick. Air ketul bertaburan di celahan kaca jag dan gelas kristal yang
berserakan di atas lantai terazzo, ada juga yang terpelanting hingga ke atas
karpet. Sebenarnya di samping berlagak lembik di depan Makcik Timah, aku juga
mahu melepaskan geram terhadap Ma dan Abah. Sebab itulah aku memilih set minuman
yang paling mahal sekali di dalam kabinet dapur itu, dan sengaja menjatuhkan
dulang berhampiran karpet kesayangan Abah.
“Ya
Rabbi ya Kariiimmmmm...” panjang keluh Makcik Timah. Aku tunduk mengutip
serpihan gelas pecah sambil menanti respon seterusnya.
“
Fathin, nanti kamu dah menikah dengan Atul, kamu upah pembantu rumah sorang ye?
Jangan bagi dia buat kerja-kerja berat.” Aku terperanjat mendengar respon luar
jangkaan tersebut. Seraya itu, jariku terluka akibat tersalah pegang sisi tajam
kaca. “Tengok tu,” sambungnya lagi. “tak ke bahaya tu?” Fathin bergegas
kearahku untuk memeriksa jariku. Aku menarik tanganku cepat-cepat lalu berlari
ke sinki dapur, membiarkan Fathin sahaja yang
mengemaskan sisa-sisa prop dramaku sebentar tadi.
Gagal.
Gagal sama sekali.
Air paip
mengalir deras bersama darah merah dari lukaku. Aku merasakan seolah-olah
diriku dalam permainan catur. Cumanya kali ini buahnya bukan pawn atau rook
atau bishop atau knight, sebaliknya manusia-manusia yang sifat dan reaksinya
tidak dapat dikawal sepertimana aku mengawal buah caturku. And yet, the intense
feeling.. seolah-olah aku dalam peringkat perkembangan permainan. Buah mana
harus aku aturkan? Buah mana harus ku korbankan? Akukah yang menguasai
permainan atau pihak lawan?
Beberapa
ketika kemudian, Fathin tiba dengan dulang berisi serpihan kaca. Dia membuang
kaca tersebut di dalam tong sampah setelah membungkusnya di dalam tisu dapur.
Fathin berdiri di sebelahku yang asyik termenung di sinki, membasuh luka yang
sudah berhenti pun pengaliran darahnya. Aku tidak berganjak.
“Saya
tak berhajat untuk menyerah kalah begitu awal , cik kak. Bukan pada taktik yang
begitu childish.” Sekilas pipiku dicubit
olehnya, refleksku menyebabkan aku berundur pantas, dan secara tak sengaja aku
tertolak pula satu stack pinggan Arcopal yang Ma sediakan untuk makan tengahari
keluarga Makcik Timah.
Allaaaahhhh......apalah malang sangat nasib aku ni.
Seisi
keluargaku meluru ke dapur sebaik sahaja terdengar bunyi hingar daripada
pinggan-pinggan yang jatuh terhempas ke lantai dapur. Buat sedetik mataku
bertemu mata Ma, lalu pantas pula kakiku berlari keluar meredah terik mentari
tengahari menjauhi teratak semi-D itu.
Entah mengapa
kebelakangan ini aku gemar benar melarikan diri apabila kepala otak mula
serabut. Padahal dahulunya aku seorang yang lebih aggresif daripada ini. Aku
lebih gemar berhabis-habisan membela pendapatku sehingga seringkali aku
bertelagah dengan teman semejaku yang juga keras kepala seperti aku. Mungkin
egoku terlalu acapkali dicalarkan di rumah ini sehingga aku malas lagi mahu
membalut luka-luka ini, membiarkannya menanah dendam dalam diam. Hujahku,
pendapatku, hasratku, ditolak mentah-mentah dan diganti pula dengan ideal yang
melawan arus hala tuju hidupku! Berkahwin muda, apakah patut untuk gadis yang
mengejar karier dan wawasan ini? Ketika aku mahu melebarkan sayap untuk terbang
tinggi inilah tiba-tiba sahaja ada pihak yang mahu merantai kakiku ke bumi.
Puas sudah aku meronta, meroyan, minta dilepas bebas. Tapi rayuanku dipandang
sepi. Letih.. habis kudrat dikikis Ma dan Abah dan Fathin.
Fatin Muthla Izahar. Salam diberi bertalu-talu. Hari ini
hari Ahad. Kakitangan kerajaan di negeri Jelapang Padi ini pastinya tiada di
rumah kerana bekerja. Tetapi Fatin seperti aku juga, penganggur sepenuh masa.
Okay, aku lupa. Fatin sambung belajar di UM. Dia tidak
meminta bantuan pelajaran ke luar negara kerana ibu bapanya enggan berpisah
dengan anak perempuan tunggal mereka. Aku terduduk di pagar rumah taman itu.
Akhirnya aku sendiri juga ya? Nak pijak atas kaki siapa lagi, kaki sendirilah
saja yang ada!
Urgh , pathetic sungguh kau! Sejak bila belajar kesian kat diri sendiri ni?
Sejak bila lembik ni?
Sejak semua orang berpaling daripada aku dan aku bersendirian menghadapi
semua ni sendiri.
Exactly why you mustn’t falter,
girl. Kalau bukan kau stand up for yourself, nak harap siapa lagi?
Macamlah puak-puak tu nak dengar
cakap budak kecik macam aku ni kan? Even Fathin pun cakap aku childish...
Then, throw tantrums. Scream on top
of your lungs.Take baby steps. Biar putih tulang, jangan putih mata tau? Cara
apa sekalipun, kalau kau serius mesti lama-lama fed-up juga diorang nak
menafikan kehendak kau, bukan?
Well.. I guess.
“Heh.. tak susah mana pun cari budak
ni.” aku pantas menoleh apabila terdengar suara
Fathin. Serentak itu, bunyi berdetap terdengar. Rasa sakit tiba-tiba menjalar
di sebelah kanan tengkuk.
“aaaaahhhh
adeh adeh adehhh!!!!!!” automatik tapak tanganku melekap di tengkuk kanan.
Tetapi sebaik aku mengangkat tangan itulah tengkukku berasa sakit yang amat.
“
Atul okay ke ni Atul?” Fathin cuba membantuku berdiri namun cepat kutepis
tangannya. Setiap kali aku bergerak, rasa sakit makin menjadi-jadi hingga ekor
mataku juga tidak mampu menahan air mata yang bergenang dari tadi.
“Tak
payah ganggu aku! Setiap kali kau datang ada je benda tak baik jadi kat aku!”
aku kembali menapak pergi. Tangan kanan di tengkuk, sambil kaki pantas mengatur
langkah meninggalkan Fathin, menuju ke jalan besar. Geram aku. Dari dulu lagi macam
ni!
“ATUL
, NANTIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!” Fathin melaung panjang tatkala aku melintasi
jalan besar. Lalu tubuhku dirempuh kuat olehnya. Kami sama-sama tersungkur ke
lorong jalan yang bersebelahan. Wira yang hampir melanggarku berhenti di tengah
jalan , barangkali terkejut dengan situasi tadi. Buat seketika aku terlupa akan leherku yang
terseliuh tadi kerana tergamam.
“Atul
okay?” aku berdiri sambil mengusap-usap leher yang masih sakit.
“POOOOOOOOOOOOOOONNNNNNNNNN~~~!!!!!”
Sebuah Toyota Camry menghentam tubuh kami. Kepalaku terhentak kuat pada jalan
tar.
“Atul!”
sayup-sayup kedengaran Fathin memanggilku.
“Hidayatul
Nabila!” suara itu memanggil lagi.
Duniaku
kian gelap...
FATHIN mengengsot ke arah gadis yang terbaring di atas jalan itu. Kakinya sakit
yang teramat, namun tidak diendahkan. Dia menggoncang-goncang bahu tunangnya
namun tiada respon. Fathin merasakan kepalanya terasa sejuk, pandangannya
gelap. Cuba dilawannya mata yang mahu terpejam namun gagal juga. Siku yang
menongkat bahunya akhirnya rebah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan