8
Anak, kalau bisa kutunjukkan setinggi mana kasihku..
Mungkin pada zahirnya Ma pentingkan diri.Mungkin pada mata Atul , Ma menggunakan Atul untuk menyimpul kukuh persahabatan Ma dan Timah. Kalau benar ada udang di sebalik batu seperti yang Atul sangkakan, pastilah udang itu udang yang gemuk gedempol, sebab hasrat hati Ma adalah untuk memastikan Atul selamat dan gembira. Bukan untuk Ma.. tapi untuk Atul!
“Beg besar ni Ma bawak balik ye. Nanti dah habis asasi kamu di sini, Ma bawak lagi..”
“Tinggal ajelah kat situ. Esok keputusan biasiswa tu keluar, boleh Atul terus packing, belah dari sini.”
“Ye la tu. Sapa nak ambil kamu pulak? Kamu ingat Alor Setar- Kuala Lumpur ni macam Jitra-Pekan Rabu ke?” Sampuk Abah yang dari tadi asyik mengebas tilam .
“Kalau Abah taknak ambil, Atul taknak balik raya tahun ni.”
“Baguslah. Save duit raya.”
“Abaaaahhh!!”
“Atul, kamu duduk jelah di sini. Ma lagi suka kalau Atul belajar dalam negara je.”
Atul membisu. Dari dulu. Cadar yang sudah bersih dikebas-kebas lagi. Geramnya belum lerai. Bukan Ma tak tahu, Atul hanya akan kembali seperti asal hanya apabila pertunangan secara rasminya diputuskan. Tapi Ma lebih tahu apa yang Ma buat.
“Atul, Ma kamu tanya kamu tu..”
“Selagi Ma tak batalkan apa yang Ma dah buat, selagi tu Atul takkan ubah fikiran.” Tanpa menolehpun dia menjawab. Datar nadanya. Tapi Ma faham emosi yang meledak di dalam.
“Oklah. Kami beransur dulu.”Atul menyalami Abahnya namun tanganku dibiar sepi. Tidak mengapa anakku. Kau akan mengerti. Kau akan mengerti.
Perjalanan menyusuri lebuh raya utara selatan hanya ditemani suara dari radio. Hujan renyai-renyai di luar. Ibaratnya langit juga memahami mendung di hati.
“Bila Zah nak beritahu dia?”
“Nanti-nantilah.”
“Kenapa bukan sekarang.. Abang pula tertekan tengok dia layan Zah macam tu. “
“Zah tak mahu dia dan Fathin berkahwin atas sebab tu...”
“tapi Zah...”
“Tak pe, Bang.. Zah masih boleh sabar.”
_________________________________________________________________________
Belumpun 24 jam keluar dari CFS IIUM Petaling Jaya, Atul menelefon Abahnya.
“Abah.”
“Waalaikumussalam, nak oi. Ada apa?”
“err.. assalamualaikum.hehe..”
“Abah, telefon balik, kredit Atul dah nak habis ni.”
“hmm..”
Talian diputuskan. Seketika kemudian suamiku mendail semula Atul.
“Abah, Atul dapat KMB
“KMB? Apa menda tu..?”
“Kolej MARA Banting , Bah! Buat International.. err.. buat IB”
“Matriks ke?”
“Bukan la Abah.. KMB ni macam kolej persediaan ke overseas..”
“ooo, kamu dapat A-levels ye?” Sah. Atul dapat tawaran biasiswa.
“Aaaa lebih kuranglaa..”
“oh gitu.. ni kamu dah bagitahu Ma belum?” tanya suamiku pada Atul, sedangkan aku hanya di sebelahnya.
“Belum.”
“Kamu ni..”
“Abah, tu akak-akak tu dah panggil dah. Saya gi dulu ye. Assalamualaikum.”
Alias memandangku. Jari yang tadinya di tanganku diangkat ke wajahku pula, lalu dikesatnya ekor mataku.
“Zah..”
“Takpe, Bang. Lama-lama dia faham juga.”
Tipu aku tak terguris. Nyata diskriminasi sedangkan dahulu apa-apa berita pun, pasti aku orang pertama yang tahu . Atul anak Ma. Atul lebih rapat dengan Ma... suatu ketika dulu barangkali. Tidak mengapa Atul. Ma redha. Atul tidak tahu dan Ma yang memilih untuk tidak memberitahu atul.
“Abang takkan ambil Atul dari UIA. Kita bagi dia belajar local je, okay? Zah jangan risau lagi.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan