10
Aku bukan dia! Aku bukan dia!! Jangan paksa aku terima!!!
PUTIH. Putih
di mataku. Ibaratnya mataku digam gajah, berat sungguh hendak memisahkan dua
kelopak ini. Bila kubuka pula silau putih melimpahi retinaku. Di mana...? “...kat mana ...” terdengar lemah bibirku
menutur. Tapi aku sendiri tidak tahu kepada siapa aku tujukan persoalan
tersebut. Di kiri dan kanan ku kedengaran
lelaki dan perempuan bernada formal seperti membuat kenyataan-kenyataan tentang
keadaanku namun kurang jelas pada pendengaranku.
“Atul.. Atul kat hospital
ni.. Tak dak apa-apa pun, luka sikit je..” Seorang makcik berusia pertengahan
40-an tiba-tiba menjengah pandanganku. Aku terlalu lemah untuk membangkang
kenyataan itu. Aku hairan kenapa makcik itu memanggilku Atul, tetapi aku tidak
peduli kerana rasa lali lebih dominan berbanding perasaan ingin tahuku.
AKU terjaga. Dan wajah
pertama yang kulihat adalah milik seorang pemuda berwajah sugul. Aku
cepat-cepat duduk sambil menarik selimut ke dada. Kujeling ke bawah seketika,
mujurlah baju masih ada. Eh, baju apa aku pakai ni? Eh , siapa laki ni? Eh, kat
mana ni??
Serentak itu juga aku
merasakan kesakitan menjalar di bahagian paha kiriku dan mencengkam kepalaku.
Aku mengerang, namun dengan setiap jeritan terasa sesak pula dadaku dengan
kesakitan di bahagian rusuk pula.
“What is wrong with me?”
suaraku hampir sahaja tidak keluar. Aku rasa kalah, rasa lemah, dan sungguh ,
tidak sekelumitpun aku menyukai perasaan ini.
“ Atul.. Fathin minta
maaf.” Fathin mana pulak dah.. dah la panggil aku Atul. Entah siapa-siapa entah
Atul ni.
“ Siapa Fathin?”
“I am.”
Tanpa sedar, aku tertawa
kecil. Rusukku meratap pedih serta-merta.
“Mana ada lelaki nama
Fathin.” Spontan bait-bait itu keluar. Wajahnya kekal tanpa segaris senyum.
Jari telunjuknya dihalakan ke wajahnya.
“ You’re looking at him.”
Diam. Aku memandang anak
matanya penuh skeptikal.
“Fine. You are.” Jawabku
seketika kemudian. “Then Atul is...?”
“You.”
Haha. Tak mungkin nama aku
begitu.... kolot. Kan?
“.. daripada Hidayatul
Nabila. Kawan-kawan Atul biasanya pakai ‘Bella’ ”
Bella? Tak mungkin nama
aku begitu keperempuanan. Rasa tak kena. Rasa....
“nak muntah.”
“what?” Ya, Rabbi. Aku dah
cakap habis literal kut! Fathin mula panik bila aku menekup mulut dan kalut
mahu turun dari katil . Mahu menuju ke tandas tapi aku sendiri tidak tahu di
maha tandas.
“I NEED HELP IN HERE!”
laungnya. Terkial-kial jejaka patah kaki sebelah itu mahu menghalangku turun
dari katil. Seorang dua jururawat tergesa-gesa pula mengambil kidney dish dari
kabinet berdekatan.
Refleks muntahku tidak dapat dibendung lagi. Dinding perutku ranap ke
dalam, menekan sekali rusukku yang patah. Bukan sekali namun berkali-kali. Seperti
perutku diterbalikkan dalam ke luar, namun hanya cecair jernih kekuningan serta
buih putih yang menjadi hasil marathon derita itu. Azabnya membuat aku ingin
saja meraung sehingga pecah setiap gegendang telinga yang mendengar, namun
hanya air mata yang terzahir kerana kesakitan itu melumpuhkan peti suaraku.
“Post-operative nausea and vomiting.. for heaven’s sake, pergi ambil ubat
anti muntah cepat! This patient got broken ribs, she could puncture her lungs!”
aku dapat mengesan nada autoriti dalam suara Fathin. Kenapa dia peduli??
“AIR?” kini refleks muntahku sudah reda. Fathin kembali duduk di sisi
katil.
Aku menyambut huluran gelas darinya.
Aku menyambut huluran gelas darinya.
“Atul,I’m sorry.”
“Saya bukan Atul. Jangan minta maaf kat saya.” Fathin terdiam seketika.
“Atul, Fathin serius ni. I’m sorry for sebabkan ni semua”
“I am serious as well, I am NOT Atul!” sengaja kutekankan perkataan NOT
supaya dia mengerti, aku bukan insan yang dia cari.
“Habis tu kalau bukan Atul, siapa pula?”
Aku pula bisu.
‘siapa aku?’
“Yang penting bukan Atul.”
“Ye tapi nama you siapa?”
“entah.”
“Atul, this is no laughing matter. Stop it.”
“Stop what? You yang datang calling me Atul, Atul, Atul.. Don’t force me
into accepting who I am not!” aku naik berang. Tengah sakit-sakit ni melalut
kata aku ‘Atul’. Kalau ye pun mohon pilih nama moden sikit, Farhana ke Mira
ke... Logik la jugak.. Entah-entah nama dia pun tipu je. Ada ke lelaki nama
Fathin?
Dengan topang kiri kanan, dia lekas menuju meja jururawat. Aku mengambil
air di meja dengan tangan kiri sementara menunggu dia kembali.
‘klink’ bunyi logam berlaga dengan kaca mengejutkan aku.
Cincin belah rotan di jari manis.
What the.........
Cincin itu ditanggalkan. Ada tanda 916 di bahagian
dalamnya. Perlahan-lahan dia menyarung semula cincin itu. Perfect fit. Dia
tidak lupa emas itu tinggi nilainya. Jadi... lelaki itu tidak berbohong? Mana
mungkin dia sanggup mengukur jari manisku dan menghabiskan beratus-ratus
ringgit untuk seorang asing yang terlantar sakit, belum tahu hidup mati, bukan?
Seketika kemudian Fathin
kembali.
“Doktor dalam perjalanan.
Kemungkinan besar awak dapat amnesia.”
“Amnesia tu yang kurang
darah tu ke?”
“Itu Anaemia. Amnesia
hilang ingatan.”
“oh.”
“Hilang ingatan pun,
karakter awak sama juga. Teguh pendirian.”
“Hey, awak nak cakap saya
degil ke apa?” Teguh pendirian memanglah bunyinya sedap, tapi pada aku itu
hanya eufemisma untuk degil dan keras kepala!
“Jangan bersangka
buruklah... orang puji, bukan kutuk!” Fathin membidasku. Lama diam mengisi
ruang antara kami. Aku bermain-main dengan cincin di jariku separa sedar.
“Sebenarnya saya harap
amnesia awak ni kekal.” Fathin berkata. “we
can start anew without all the negative experiences you had.”
Kenapa....dia cakap macam
tu? Kalau benar memori tu buruk sangat, aku pun tak mahu ingat.
“PENDAFTARAN tiga minggu lagi. Tapi Ma dah cakap dengan
pengarah kolej. Atul boleh masuk lewat sikit kalau perlu.” Wah. Bangun-bangun
sahaja dari dah dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Terima
kasih old-self, walaupun aku tak
ingat apa kau buat, tapi terima kasih untuk peluang ini!
Wanita yang kupanggil ‘Ma’ ini sepatutnya ibu aku. Tetapi
disebabkan amnesia, aku langsung tidak mengingati dia. Sumpah bersalah betul
rasa hati! Tapi sudah 3 hari
berturut-turut ‘Ma’ datang mengunjungiku dan menemaniku tidur di wad. Entah
mengapa senang betul aku mesra dengan wanita hampir separuh abad ini.
“Well that’s great. Kursus
apa Atul kena buat kat sana?”
“Diploma International
Baccalaureate untuk kejuruteraan.”
“International
Baker-what?”
“Jangan paksa Ma sebut
sekali lagi. Ma pun tak tahu Ma sebut betul ke tak. Yang penting Atul akan
sambung degree dalam bidang engineering di luar negara.” Kejuruteraan? Okay...
aku tak pasti aku suka belajar kejuruteraan... Tapi aku pasti sebelum aku
hilang ingatan aku ada sebab kukuh untuk memohon aliran ini.
Kedengaran bunyi topang
dari luar wad. Fathin muncul di pintu bersama seorang lelaki berkaca mata
bingkai penuh.
“Atul, ni Asyraf Fahmi.”
Fathin memperkenalkan jejaka tersebut. Asyraf senyum hambar, dia teragak-agak
menghampiri katil. Ma meminta diri dari wad tersebut untuk memberi sedikit
privasi.
“Hang cena wey, sihat ka?”
“Alhamdulillah masih ada
kaki dan tangan. Kita... kenal ka?” Aku gusar hendak mengajukan soalan tersebut
kerana aku tahu aku akan melukakan hati dia. Tapi hendak buat-buat kenal
lagilah tak boleh.
“Gondai Toxoplasmosis. Does that ring a bell?” senyuman
hambarnya hilang apabila aku menggeleng perlahan.
“Kita...” wajahnya
menghadap lantai dalam kesukaran mencari kata-kata. “...kawan.” dan seraya kata
‘kawan’ itu diucap, matanya tepat memanah anak mataku, mungkin hatiku. Entah.
“Kita sama kelas sampai
Tingkatan 3, lepas tu hang pi MRSM Taiping. Tapi kita SMS selalu la.”
“Kita... couple ka?”
“NO NO, nothing
like that.” Cepat-cepat Asyraf menafikan .
Aku
suka dekat hang, hang pun suka dekat aku. Tapi masa hang habaq kat aku, hang
dah bertunang jadi kita sebenarnya tiada hubungan lagi. Tapi kalau hang putus
tunang dengan laki yang nama macam perempuan ni, sekarang jugak aku suruh mak
aku masuk meminang. Walaupun... aku tak pasti mak aku setuju aku nak bertunang
awal-awal macam ni....
Lincah otak mengarang, tapi lidah kejang hendak berucap.
“Minta maaf sangat-sangat, langsung tak ingat.” Seukir
senyum tawar tanpa perisa dihadiahkan kepada pemilik nama Hidayatul Nabila.
Apabila gadis itu tertunduk kembali bermain-main cincin emasnya, tahulah Asyraf
dia kurang selesa dengan kehadiran dirinya di situ.
Asyraf jadi bingung. Baru seketika Hidayatul Nabila mengaku
menyukainya. Sekarang dia seorang yang asing langsung.
Barangkali,
Bella, kalau ada komputer riba aku atau kau saat ini, mahu sahaja aku tunjukkan
sejarah perbualan kita di YM!. Hal yang di dalam hatimu dan hatiku juga,
semuanya sudah terluah termuntah di tetingkap perbualan kita! Perbualan antara
Bella_1901 dan Gondai!
“Tak apa, Bella. Aku faham aja. Kau pun tengah sakit
sekarang.”
“Apa awak panggil saya tadi?”
“Bella.”
“Serius, saya rasa awak dah salah orang.”
“Bella, apa kau merapu ni.”
“Like I said, I’m not the one you’re looking for.”
“Bella..”
“Saya bukan Bella.” penuh tenang dan serius ungkapan itu
dilafazkan. Pandangan gadis itu tepat memanahi mata Asyraf. Sepi. Dada Asyraf
mula terasa sesak.
“Habis tu kalau bukan Bella, siapa?” digagahi juga
menanyakan soalan tersebut walaupun hampir saja dia bisu kerana pilu.
“Bukan sesiapa yang awak cari.” Cincin di jari
diputar-putar lagi. Mataku turut sama mengekori cincin yang dipusing-pusing
itu. Mata Asyraf juga. Entah sejak bila Asyraf pandai membaca bahasa tubuh dan
perilaku manusia, tahu saja dia gerak-geri Bella kala itu bermakna Bella lebih
menerima kehadiran tunangnya berbanding diri jejaka putus cinta ini. Makin
menebal pula sebak di dada Asyraf menyedari hakikat terbabit. Betapa dalam
sekelip mata sahaja segala perasaan yang diperam bertahun-tahun hilang begitu
sahaja. Entah pawana mana menghembus pergi rasa itu.
“Can we start afresh, then?”
“Maksud awak?”
“Macam kita baru kenal.”
“Sure, but... boleh datang lagi lain kali? Saya rasa
kurang sihat.” Bukan kurang sihat, kurang selesa sebenarnya. Janggal sangat
rasa nak berkomunikasi dengan Asyraf ini.
“Okay.. Maaf saya
mengganggu awak.” Senyum. Sambil menunduk Asyraf meninggalkan katil aku. Raut
itu punya seribu kelam yang tak terukir pada wajahnya semasa dia mula-mula tiba
tadi. Maaf. Aku tak punya memori sedikitpun tentang kita!
Untunglah bangun-bangun aja sudah ada offer ke luar negara, seorang tunang
bergigi cantik (walaupun tidaklah rata tapi ada serinya!), dan seorang kawan
yang mungkin juga Secret Admirer.
Perasan Hotstuff. Dengan kepala botak kat belakang tu kau ingat kau cantik
sangat ke?
Rambut kejap aja tumbuh, jangan risau. Lagipun rambut aku jenis cepat
panjang.
Mana kau tahu rambut kau cepat panjang?
Mmmmmmmm entah. I just know it.
Tch, benda macam tu boleh ingat. Nama sendiri tak ingat pulak.
Nama aku Hidayatul Nabila, okay..
Betul ke tu nama kau?
Betullah.
Mana kau tahu betul?
Aku tahulah.
Kau pasti ke...
Ma yang bagitahu.
Masalahnya iyakah ‘Ma’ tu Mak kau?
Who else could she be?
Ejen sindiket jahat yang culik perempuan macam kau untuk dijual ke Siam,
mungkin?
Dia tunjuk surat tawaran penaja untuk aku sambung belajar tu apa pulak?
Alah bukan susah sangat nak palsukan semua tu.
Why would she do that?
Because, why not?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan