Pengskodeng =D

Sabtu, 8 Januari 2011

Chapter 4

 *Nota penulis: sempat mencoret sedikit memandangkan sesi PnP blum start until monday ni. xsempat double check. so kalu jupe apa2 kesalahan tlg komen ye! terima kasih

4

            TERIK sang Suria yang mula memanjat langit kian terasa. Makin tinggi makin galak ia membahangi sfera biru bernama bumi ini. Yang hijau makin hijau, yang suram makin terang.  Sungguh, pasti aku menghargai indah dan hangatnya curahan cahaya pagi itu - kalau sandal aku tak putus macam ni!
            Urgh lepas ni aku tak beli dah kasut jenama ni. Baru pakai 4 bulan dah putus. Aku tersadung sikit je kut kat akar pokok angsana yang merekahkan jalan itu tadi! Terus putus? Dah masa jalan tengah mula nak panas ni la nak putus pun. Ni setengah jalan pun belum lagi. Mau tersagat tumit aku jalan atas tar macam ni.

Ceh. Orang kat Afrika tu selamba badak je jalan kaki ayam. Tak kecoh pun? Ni tak sampai 5 minit putus dah mengomel macam Mak Limah.

Dah tu macam mana lagi? Hati tengah panas, kaki pun mula nak panas... Adeeyy.

Haa ape lagi, telefon la Encik Tunang awak suruh belikan kasut baru. Pastu suruh dia pakaikan. Jadi macam Cinderella gitu!

HOI! Cinderella ke Cindetakrela ke kalau mamat tu lah Prince Charmingnya, aku rela jadi hamba kakak tiri jahat sampai mati!

Bagus lah sangat. Dah la pakai kasut sebelah macam orang gila. Dengar suara dalam kepala, macam orang gila jugak.

“Pinn pinn!!” sebuah Viva ungu berhenti di sebelah kananku. Tingkapnya diturunkan. Tak payah tengok tuan punya kereta pun aku dah kenal siapa. Pemilik kereta berkenaan
            “Apa?!” kataku tanpa menoleh. Langkahku tidak terhenti.
            “Naiklah. Kalau nanti awak kena angkut dek orang, kena jual kat Siam susah karang,” pujuknya. Urgh muka tak comel, badan pun ketot, uh tak adanya siapa-siapa nak pandang pun. Aku menggeleng pantas.
            “Haram naik kereta berdua je dengan bukan mahram. Yang ketiganya syaitan!” nah.. hari ini tuan-tuan dan puan-puan telah menyaksikan seorang ustazah free-hair. Sesiapa saja berhak untuk mengetahui ilmu agama, bukan?
            Tuan punya kereta memberhentikan keretanya di bahu jalan. Seketika kemudian, dia menuruti langkahku yang makin panjang.
            “Awak rasa awak sampai ke destinasi tujuan awak dengan kasut pun dah macam tu? Kalau awak nak saya boleh bawak awak pergi beli kasut baru,” wahai encik tunang yang budiman. Bagilah kasut cap Jimmy Choo sekali pun, saya tidak mahu teruskan pertunangan ni, hatta mempertimbangkannya sekali pun! Aku anti rasuah!
            “Shiranai bakka.” Bisikku perlahan. Namun rasanya sekadar cukup untuk didengarinya. Lantaklah dia faham ke tak. Dah cakap Melayu tak faham. Ambik kau, aku cakap Jepang terus!
            Fathin berpusing dan menghadapku. Hampir saja tubuh kecil ini mahu terlanggar beliau ini akibat terkejut dengan ketiba-tibaan tindakannya.
            “Tepilah! Nak wallet aku sangat ambik lah tapi sampai aku nak pergi kerja cari duit pun nak halang ni apesal?! Pergi main jauh-jauh boleh tak?” aku menolak Fathin ke belakang. Tak padan dengan saizku yang hanya mencecah bahunya, aku bertindak berani menyatakan kemarahan. Bukan aku tak tahu kudrat lelaki berkali-kali ganda lebih dari wanita. Tetapi kalau dah cakap pun tak faham, nak buat macam mana lagi. Degil! Aku hampir saja bersedia menadah pipi untuk menerima lempangan dari lelaki itu , lempangan kedua selepas hadiah dari ayahku . Namun  hayungan tangan itu tak juga kunjung tiba. Buat seketika hanya deruan enjin kenderaan yang lalu lalang mengisi sunyi antara mereka.
            “Mak awak dah separuh mati risaukan awak kat rumah tu, awak baliklah jumpa dia kejap,” tuturnya dengan nada lembut, seperti seorang ayah yang menasihati anak kecilnya. Vokalnya dilontar penuh syahdu, ibaratnya aku sedang mendengar iklan hari raya yang meminta anak rantau pulang menjejak kaki di halaman rumah sendiri, tempat dilahirkan dan dibesarkan, didodoi dan dibelai, diusap dan dimanja oleh ibu sewaktu kecil. Aku jadi keliru seketika, antara hasrat hati memberontak minta dilepas bebas menentukan hala tuju hidup, atau pulang mendakap sekujur tubuh milik insan yang tanpanya, mungkin saja aku tidak merasai hidup.
            Aku memilih untuk menangkan ego .
            “Unless she decided not to continue her plan, I am not seeing her.”
            “Okay.. tapi, ni awak still nak pergi kerja macam ni? Awak tunggu sini kejap lah, saya pergi carikan dulu kasut untuk awak. Tak sanggup saya tengok.”
            “Mr. Fathin, FYI, kalau awak tak ambil wallet saya tadi, saya dah boleh naik bas balik. Tak payah jalan, tak payah tersadung, tak payah putus sandal ni! Awak tak sedar ke awak yang susahkan saya sebenarnya? Lepas tu nak konon-konon ambil berat pulak. Awak tak payah la peduli saya, saya tak mahu ada kena-mengena pun dengan awak,” leterku panjang. Aku masih mampu mengekalkan suara yang rendah dan rasional biarpun hakikatnya aku penat menghalau insan degil ini. Baru je pagi semalam dapat result gempak, gembira jumpa kawan-kawan, hari tunggang terbalik dunia aku.
            “jangan ikut saya lagi dah!” aku berjalan laju kemudiannya berlari menjauhi Fathin . Kaki kanan yang tidak bersepatu menyukarkan usaha itu. Berlari atas jalan itu samalah seperti meniti kaca dek kerana batu-batu kecil yang menikam telapak kaki tanpa alas. Sakit memang sakit. Tapi sakit lagi hati ini.
            Aku yakin Encik Tunang tidak mengejar aku. Mana mungkin dia sanggup meninggalkan keretanya tersadai di situ. Aku memasuki jalan pintas, jalan yang melalui masjid dan kubur, untuk ke jalan besar satu lagi untuk ke tempat kerja. Di situ aku berhenti mengambil nafas. Tercungap-cungap sudah aku dibuatnya. Setiap deruan angin yang menerpa masuk ke paru-paru terasa seperti menyiat-nyiat dinding alveoliku. Aku memang atlit di sekolahku dahulu. Atlet catur! Tentu saja larian tadi tidak selaju Watson Nyambek tapi yang penting Viva Ungu itu tidak akan dapat mengekoriku ke sini.
            Sebaik sahaja aku menghidupkan telefon bimbitku, aku memaklumkan kepada bos tempat kerjaku bahawa aku masuk lewat sedikit atas insiden-insiden yang tidak diingini. Berpuluh-puluh mesej masuk.
            ‘dah maghrib ni, awak pergi mana, tak balik lagi?’ Abah
            ‘Atul nak jadi perempuan sundal ke keluar lagi malam-malam macam ni?!’ Ma
            ‘Kalau kamu taak bali sekarang tahlah Abah macam mana nak ajar kamu kat rumah nanti!’ Abah.
            ‘tidur luar malam ni! Siapa suruh balik lewat?!’ Abah
            ‘mana kamu ni hah? Tak angkat kol, dah tengah malam nih!’ Ma.
            ‘baliklah Atul, Ma kamu risau sangat tu’ Abah.
            ‘ Achik, Abah ngan Ma suruh balik cepat.’ Faiq
            ‘Kalau kau nak aku belanja McD baik balik sekarang, alang-alang aku tak on call ni,’  Syiro.
            Serta berpuluh-puluh lagi mesej missed calls. Nampak gaya memang terpaksa juga aku pulang ke rumah semi-d itu. Bukan kerana sudah mabuk rindu dengan keluarga,  tetapi kerana terpaksa mengambil sepatu baru. Ikut hati nak je beli baru. Tapi rentetan kes wallet dicuri tadi , maka hajat tersebut pastinya tidak akan kesampaian dalam masa terdekat ini. Mahu saja disumpah seranah lelaki itu biar jadi batu.
Hanya orang tak bertamadun sahaja guna maki dan carut, Hidayatul Nabila. Awak sila bersabar. Jalan kaki 2 minit saja sampai rumah, kemudian ambil kasut, kemudian terus pergi kerja. Okay? Bad time doesn’t last!
            Nafas kembali normal. Aku memulakan langkah kembali. Yoshi! Mari ke kerja!

           

            Airmataku tiris lagi. Bukan kerana terlalu terharu kerana berjaya menamatkan Amazing Race dan tiba di rumah, tetapi kerana kaki kanan berdenyut-denyut, ibaratnya ada jantung di dalam telapaknya itu. Cecair merah segar menitik membasahi pekarangan simen. Allah.. boleh aku tak nampak kaca punya besar terbenam dalam pasir tadi? Dah la tak pakai kasut.
Hati mula mahu merintih sayu, mengapa hari semalam begitu indah, ibaratnya Kau lukis pagi itu dengan warna dari titisan pelangi, kemudian sebaik tergelincirnya matahari terkoyak sudah kanvas indah itu , tercarik.. dan terobek sehingga kini yang tinggal hanya debu-debu penyeksaan batin ... tentu saja aku yang lemah iman ini berasa tergugat dengan kejutan demi kejutan yang melanda. Oh Tuhan, apakah ini kaffarah dosa untukku? Hai hati, bersabarlah. Nothing lasts... nothing lasts... bad time doesn’t as well.
Dah tu pula seorang pun tak ada kat rumah. Masa aku nak guna first aid kit ni lah yang keluar berfoya-foya tak bawak aku pun? Masa aku ada, hangpa ada. Masa aku takdak, hangpa pun nak keluar jugak. Kenapa masa aku bertunang, aku sorang je bertunang?! Ya Allah... tak tahannya kaki nii.. kalau lambat  karang kena infection lepas tu silap-silap boleh kena buang kaki.. wuuuu tak mau la kena buang kaki... tak dak ka doktor yang jalan-jalan depan ni.. mai la singgah sini saaaatt ...
Kakinya dilunjurkan sementara belakangnya disandarkan pada railing pintu  gelongsor. Penat.
Seraya itu juga sebuah Viva Exclusive Edition memarkir di bawah pohon mata kucing di hadapan rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan