3
Air mataku tumpah sebaik sahaja ketiga-tiga kereta meninggalkan pekarangan rumahku. Hanya aku dan keluargaku yang tinggal. Juga Kak Hawa yang sibuk mengemas barang mekapnya di atas. Maka maruah perlu dijaga di hadapan siapa lagi sekarang?
Aku menjeling Ma dari ekor mata, tidak sanggup hendak memandangnya penuh. Sayang sudah bertukar jadi benci dan marah. Betul-betul marah. Buat aku macam barang saja. Senang-senang bagi dekat orang. Ingat aku ni barang ke?
“Ma tak berhak buat macam tu pada Atul....” aku menanggalkan tudung dan membiarkannya segumpal di lantai terrazzo. “Atul ada hak untuk tentukan siapa teman hidup Atul! Itu hak Atul, Ma!” suara aku mula mahu meninggi.
“Ma ada hak untuk tentukan apa yang terbaik untuk awak! Dan awak tak ada hak untuk lawan cakap Ma!”
“TERBAIK UNTUK ATUL KE UNTUK MA?!” Aku hilang sabar.
Entah dari mana penampar Abah hinggap di pipiku.
“Siapa ajar meninggi suara kat Ma awak ni hah?!”
Aku menanggalkan cincin belah rotanku. Tangan dan jemari yang menggigil melambatkan usaha itu.
“I. Am not marrying the bloke.” Aku melemparkan cincin itu ke lantai. “My future is mine. Not yours to control.” Tuturku datar sebelum berlari menaiki tangga.
Gila. Semua ini gila. Ingat aku ni budak-budak lagi? Ingat aku tak reti pilih jodoh sendiri? Ingat aku boleh dibuat sesuka hati? Ingat aku ni barang untuk dijual beli?! East or west, home is best eh? Well. Not anymore!
Bilik. Angah dan Along duduk di birai katil . Kak Hawa baru hendak menutup kotak barang mekapnya.
“Achik... aku..” angah seperti mahu bersuara membela diri. Aku meluat. Meluat sungguh pada puak-puak yang berkomplot memerdagangkan aku ni.
“Keluar kau..” tuturku perlahan, namun aku yakin mampu mengetuk gegendang telinga seisi bilik itu.
Tiada sesiapa berganjak dari posisi mereka.
“AKU KATA KELUAR SEKARANG!”
Hanya Kak Hawa yang nampaknya memahami bait bicaraku.
“Fine. If you’re not leaving, then I will.”
“Achik , kau tak faham..”along pula bersuara.
“Tak faham apa? Yang mak gunakan aku untuk kepuasan hati dia sendiri? Untuk kepentingan dia?” mekap diwajah disental dengan cottonpad yang diletak makeup remover.
“Ma ada sebab kenapa dia buat macam tu, achik!”
“Sudahlah. Tak payah mengarut la Along. Tak payahlah nak bela Ma lagi. Kau dengan Ma sama je. Berkomplot! I’m so outta here.” Persalinan biru-silver tadi diganti dengan kemeja labuh petak-petak berwarna kelabu hitam. Sepasang jeans disarung sebelum tubuhnya dibalut dengan abaya hitam yang dibawa balik Mak Lang dari Tanah Suci . Selendang hitam besar dililit ke kepala , antaranya bertujuan untuk menyembunyikan wajahnya yang sudah kemerahan akibat makan pelempang Abahnya sendiri. Beg galas Adidas diisi dengan notebook dan wallet.
“Achik ...”
“Diam , Along.”
Aku menapak perlahan menuju ke pintu dapur. Jam menunjukkan angka 4.30 pm. Mujur tadi sudah jamak zohor dengan Asar semasa di Taiping. Tidak perlulah aku berlama-lama di sini. Aku tak kira. I don’t really appreciate my life being determined in such a manner. Aku bukan budak-budak lagi!
Langkahku diatur menuju ke Taman Permata, menuju ke teratak nombor 7, rumah sahabat sampai kiamat. Panggilan ringkas dibuat untuk memaklumkan dia bahawa aku akan bertandang ke rumahnya. Nyata Fatin gagal mengecewakanku. Sebaik aku tiba di perkarangan rumahnya , aku disambut dengan pelukan yang erat. Aku tidak mampu lagi menahan air mata dari membasahi pipi. Puan Asmah yang menjenguk ke luar pintu pula naik hairan dengan episode ala-ala jejak kasih di pekarangan rumahnya lalu menyuruh kami masuk.
“Ya Allah! Kenapa pipi kamu ni, Bella?” sebaik sahaja aku menanggalkan selendang yang membaluti, Puan Asmah bertanya dengan nada panic. Mana tidaknya, muka macam baru lepas kena belasah dengan suami. Aku mengisahkan semula apa yang berlaku sebentar tadi. Puan Asmah sudah ibarat ibuku sendiri. Cuma.. bezanya, ibu yang ini tidak cuba ‘mengikatku’ tanpa persetujuanku!
“Aku dah agak dah, mesti ada apa-apa ni. Suara kau lain macam tadi. Even ‘hello’ kau pun tak macam biasa.”
“Kamu tidur sini dulu malam ni ye, tenangkan dulu fikiran tu.”
Fatin menjinjit beg galasku ke tingkat atas. Aku menuruti langkahnya. Rumahku syurgaku? Tidak. Bukan rumahku, tetapi rumah ini. Sekarang rumah ini syurgaku. Biarpun buat seketika cuma.
Esok apa pula? Entah. Kalau boleh mahu saja aku halau jauh-jauh pertanyaan itu. Biarlah aku pergi ke mana saja angin membawaku, asalkan bukan ke rumah aku! Tekad itu telah kusimpul erat sebaik saja aku menjejakkan kaki keluar dari rumah semi-D dua tingkat itu tadi.
Hah! Sungguh keanank-anakan sekali kau, Cik Atul a.k.a Bella! Selama mana agaknya azam itu bertahan ya? You are bounded to the house . Jangan nafikan fakta tu!
Ah! Ye lah tu. Poket pun kempis, ada hati nak hidup sendiri?!
Hey aku kan buat part time kat kedai makan tu? Bukan duit ke tu?
Habis tu tidur kat mana? Tepi jalan? Hotel? Duit kau kan berkepuk, pergilah tidur kat Holiday Villa tu.
Kalau aku gi berdiri tengah jalan supaya orang langgar, lepas tu masud wad. Dapat penginapan free jugak kan? Hmm...
Habis tu siapa nak bayar hah?
Aku dah derma darah baru-baru ni, boleh dapat rawatan dan wad kelas dua percuma apa. Ok sekarang jalan mana kita nak eksidenkan diri kita ni?
Gila!
Habis tu nak lacurkan diri ke ?!
Astaghfirullahalazim!!
Ok diri sendiri, tolong hentikan konflik dalaman ni sekarang! Aku dah rasa macam skizofrenia sekarang! Relaks, okay?
Aku terus terlelap selepas dinner dan solat isyak. Hari ini sepatutnya aku rasa gembira tetapi yang sebaliknya pula yang berlaku.
Keesokan paginya aku meminta izin untuk ke Perpustakaan Awam Negeri Kedah sementara menunggu kedai makan tempatku bekerja sejak tamat SPM membuka perniagaannya. Duit tinggal RM 53 saja dalam poket ni. Zaman sekolah dulu bolehlah makan untuk dua-tiga minggu. Kadang-kadang tahan sampai sebulan RM 50 . Makan tanggung. Duit tu boleh simpan untuk outing lagi.
Telefon bimbit awal-awal lagi kumatikan. Tidak mahu ada sesiapapun mengganggu. Jiwa tengah kacau. Yahoo ID kutaip pada ruangan login Yahoo! Messenger. Sebaik sahaja log masuk, aku melihat pada senarai rakan yang online di bawah senarai “S.A.H.A.B.A.T”
Cibot
Elle de Pauwer –I’m on SMS
Gondai
Hemo Hemo –AFK, mandikan kucing.
Mrs. Mumu-I’m mobile
Oppa Saranghae- “Ustaz Din! I luv you!! XD”
Yayan- “Uploading gambar smlm kat FB =P~”
Off.. Asyraf Fahmi a.k.a Gondai offline...
‘Buzz!!’
Tiba-tiba tetingkap chat Oppa Saranghae atau nama sebenarnya Sakinah muncul di skrin 14 inci ku ini. Mujur saja aku sudah mematikan bunyi pada komputer riba ini tadi.
Oppa Saranghae: Oi.. teruk benar status kau?
Oppa Saranghae: “tercarik hatiku bagai disiat-siat pedihnya.. tidakkah kau sayang padaku?”
Oppa Saranghae: Baru clash ke?
Bella_1901: Clash?? Kapel pun tak pernah!
Oppa Sarangahe: oh yea.. ‘solo n single but not available.’ Motto kau. Lupa pulak
Oh.. Motto itu kini dah jadi nostalgia. Yes single, not solo, not available!
Bella_1901: boys are toys lah...
OppaSaranghae: Tak kesahlah Bella ... Cuma.. tukar jelah status tu.
OppaSaranghae: Ngeri aku baca, tau? Emo pelik.
Bella_1901: apa kurangnya kau?
Bella-1901: Ustaz Din?
Bella_1901: Dulu beria si Syamilah tu promot cerita Jaja&Din tu kat kau. Baru nak baca ke?
OppaSaranghae: Oh ustaz Din ;;D
OppaSaranghae: dia sweeeetttt sangat!!!
Oppa Saranghae: baru dapat hidayah =P
OppaSaranghae: Ok lah weyh. Aku nak pergi shopping sebenarnya ni
Oppa Saranghae: dapat DSLR hadiah result SPM smlm ;D
OppaSaranghae: see you later sayang! Muahh =*
Bella_1901: sure.. have fun!
Oh great! Orang laen dapat hadiah normal dan aku dapat hadiah tunang sorang. Could life be worse?!
Seperti yang dinasihatkan, aku menukar statusku. “ Benci aku...(T_T) ” taklah seteruk yang mula-mula tadi... kan??
‘Buzz!!’ Asyraf Fahmi pula buzz. Oh invi rupanya!
Bella_1901: ACAAAAAPPPPP!!!!!! .>.<,
Bella_1901: Aku ingat kau off tadii!!
Gondai: memang aku off pun.
Gondai: Tadi aku pi cat helmet.
Gondai: Adik aku hat Ucop tu pi conteng dengan permanent marker.
Gondai: Buruk gila
Gondai: mujur ada spray metallic purple dalam stor.
Gondai: asal kau? Sakit hati ke?
Bella_1901: Acaaaapppp......
Bella_1901: mak aku.....
Gondai: mak kau ape...
Bella_1901: ermm.. nvm that. Ni aku nak tanya ni..
Gondai: direct tergantung budakk ni..
Gondai: hah, ape?
Bella_1901: apa pendapat kau kalau..
Bella_1901: aku ada suka kat sorang mamat ni?
Gondai: AHAHAHAHAHAH!!
Gondai: Sapalah agaknya orang tu... malangnya dia..
Gondai : : ))
Bella_1901: kalau...
Bella_1901: mamat tu kau?
Gondai: uh?
Gondai: mende kau nak cakap ni..?
Gondai: cuba straight to the point.
Oh asyraf, kau takkan faham kan? Aku dah confess terang-terang pun blur lagi kau kan? Tak pelah. Bukan boleh buat apa pun dah.....
Bella_1901: ahahahaha kau ni kan..
Bella_1901: takpe, jangan risau. Kau baru je bernasib baik balik.
Gondai: Ape bendanya ni?
Bella_1901: Aku baru je bertunang.
Gondai: cup cup cup cup.. rewind jap.. aku still malang ke?
Heh.. Lmbat pick up tul kau kan Gondai?
Bella_1901: er.. takde maknanya dah semua tu. Forget it.
Gondai: Aku kol kau
Bella_1901: aku off telefon lah..
Gondai: xpe, via YM
Bella_1901: Aku kat library lah..
Gondai: Ok.
Bella_1901: aku tengah down ni okay..
Bella_1901: mak aku nak kahwinkan aku dengan entah sapa entah.
Bella_1901: aku tak kenal pun mamat tu....
Gondai: cakap jelah kau tak nak...
Bella 1901: Masalahnya aku dah bertunang pun..
Gondai: ape?!
Bella_1901: aku balik dari ambil result je dah ada surprise kat rumah...
Bella_1901: bengang gila kut.
Gondai: heh. Terlambat dah aku nampaknya...
Gondai: sebenarnya Bella..
Gondai: kau pun ‘malang’ jugak..
Terasa perit tekak membaca ayat Asyraf ketika itu. Dia dah lebih dari kawan baik bagi aku selama ni. Tapi sekarang semuanya dah terlambat.
Gondai: maaf kalau kau terkejut.
Gondai: and sorry la aku x romantik confess via YM ..
Bella_1901: Thanx Acap =) *senyuman iklas*
Bella_1901: tapi like I said.. kau baru je bernasib baik balik. Sebab aku x boleh dah ..
Bella_1901: i mean.. I’m not a free girl anymore..
Asyraf di hadapan PC memicit-micit pelipisnya. Wajahnya diraup berkali-kali.
Niatnya bukan untuk berlambat-lambat. Dia fikir biarlah masing-masing stabil dahulu barulah dia mahu membuka langkah. Sekarangkan masih awal? Masih muda? Sungguh , dia gembira pujaan hati membalas rasa, tapi malang dia bukan lagi miliknya.
Gondai: Ada satu lagi cara.
Bella_1901: apa?
Gondai: tapi.. tak boleh kut. Nvm.
Bella_1901: apa..? cakap je lah.
Gondai: putuskan pertunangan.
Bella_1901: aku nak jugak buat macam tu tapi...
Gondai: aku rasa kan..
Gondai: kau buat jelah istikharah dulu.
Gondai: kalau kita ada jodoh... adalah.
Gondai: Allah je tahu apa yang terbaik.
Tanpa kusedari, ada seorang jejaka berdiri di belakangku.
“Ehem..” aku menoleh . cepat- cepat aku berpaling semula dan mengesat saki baki air mata di pipiku. Skrin laptop pantas kututup tanpa shut down.
“Nak apa?” serak suaraku ketika itu. Fathin menarik kerusi bertentangan denganku lalu duduk menghadapku.
“Minta maaflah datang tiba-tiba.” Lelaki bernama tunangku memulakan bicara.
“Saya telefon awak, awak tak angkat. Kakak awak kata kemungkinan besar awak ada kat sini. Saya pun datanglah,” aih.. tak kerja ke dia ni? Ada masa pulak datang cari aku? Sibuk je.
Fathin mengeluarkan sesuatu dari poketnya sedang aku menyimpan semula laptop di dalam pouchnya. Kotak baldu merah itu dibuka, mempamerkan sebentuk cincin belah rotan di dalamnya.
“Saya tahu benda macam kelam kabut sikit tapi...”
“Awak setuju ke dengan benda ni?” aku memintas bicaranya.
“ well, saya tak ada sebab untuk berkata tidak pun. And by the way..” Fathin menolak sebar KitKat bersama cincin tersebut ke arahku.
“bertenanglah dulu..”
KitKat? Ingat aku budak tadika ke bagi KitKat, hah? Koman-koman pun bagi la Hershey’s Kisses ke, Hershey’s nougat with caramel and almond ke. Urgh! Ini satu penghinaan!
“Sorry , but I dont have a reason to say yes.” Bingkas aku bangun , melarikan diri ke tandas wanita. Lelaki mana boleh masuk tandas wanita kan? Hahah! Selamat lah aku buat seketika dalam ni.
Aku sempat membelek sembab di mata , melihat wajah sendiri, baru ak sedar aku dah berusia 18 tahun. Opss.. salah kenyataan. BARU 18 tahun. Bertunang? Kahwin? Maaf. Aku belum cukup gila nak buat macam tu pada usia semuda ini. Kalau Asyraf tak dapat tolong aku, tak mengapa. Ini hidup aku. Biar aku sendiri yang aturkan jalan hidup ini!
Setelah beberapa ketik menghadap cermin di tandas, aku menjenguk ke luar, tempat aku duduk sebentar tadi. Bagus. Dia sudah beredar nampaknya. Bolehlah aku pergi kerja sekarang.
“Makcik, beg hitam Adidas kat hujung tu,”Aku menjuih bibir ke sudut kanan atas rak tempat simpanan beg itu.
“Yang jalur putih tu ka, dik?”
“Yep.”
“Oh tu tadi abang adik ambik dah” Huh? Makcik ni biar betul??! Aku mana ada abang!
“Tu .. dia tunggu adik tu..” makcik pengawal keselamatan tersebut memuncungkan mulutnya ke arah parkir kereta. Aku turut menoleh. Fathin sedang berdiri megah di samping Viva Exclusive Editionnya yang berwarna ungu sambil memegang begku. Ikut hati mahu saja aku menjerit dan mengamuk kala itu tapi akju sudah penat melakukan sedemikian semalam dan aku tahu memang tiada gunanya pun.
“Excuse me, encik. Tolong pulangkan beg saya.” Pintaku. Begku yang sebentar tadi dipegang dihulurkan kepadaku. Namun seperti yang kujangka, ada udang di sebalik batu, tauhu di sebalik mi, lipan di sebalik bata. Belumpun sempat aku mencapai beg itu , Fathin menjulangnya tinggi ke langit nan biru. Ok hiperbola. Tapi aku tetap tak dapat mencapainya dek kerana ketinggianku yang tak berapa nak cukup inci ni.
‘Ya Allah budak ni.... tolong lah. Aku dah penat dah dengan permainan nih...’
Fathin menghulurkan kotak Cincin dan KitKat dengan tangannya yang sebelah lagi.
“Coklat terbukti dapat meredakan kemarahan.” Aku menggaru-garu tengkuk yang tidak gatal. Kasanova sungguh mamat rabun ni. Aku kata taknak, taknak la.. banyak lagi perempuan ka luar tuh. Jangan kacau aku boleh tak?!
“Ambil ni, pakai cincin dulu, bari dapat beg.Okay?” Aku melepaskan satu keluhan berat. Okay Bella.. bertenang.. Bayangkan diri aku atas papan chess. Aku king dan sekarang sedang di ‘check’ oleh dia ni. Escape routes:
1) Blah macam tu je. No. I want my bag back!
2) Ambil KitKAT je dan blah sbb aku taknak cincin tu pun... tapi aku still tak dapat beg...
3) Ambil cincin, pakai, KitKat, beg, dan berdamai. (NO!)
4) Ragut je beg dan blah. Malang sekali, aku tak sampai.
Haish macam mana ni. Nak pergi tempat kerja kena lalu rumah dulu, dan tambang bas 80 sen. Dalam poket habuk pun takde ni. Kalau jalan, lambat masuk kerja pulak. Dah la dah gelap, jalan karang jadi macam arang pulak. Melainkan...
Aku mengambil cincin dan memakainya. KitKat kuambil lalu kusimpan di dalam poket. Fathin akhirnya menyerahkan beg Adidasku kembali.
“Awak nak pergi mana ni? Biar saya hantarkan je. Bahaya awak jalan sorang-sorang ni.” Heh. Cakap macam tak bahaya je naik kereta berdua je dengan lelaki yang tak dikenali! mintak maaf banyak lah! Aku ada rancangan yang lebih baik!
“See ya!” Aku berlari menuju pintu pagar sebaik sahaja dia memasuki kereta. Mujur juga aku sudah mneyimpan abaya hitam di dalam beg dan kini hanya memakai jeans dan kemeja kotak-kotak labuh berwarna kelabu serta sandal sukan. Kalau pakai Abaya macam mana aku nak berlari bebas macam ni agaknya haha!
Setibanya aku di stesen bas pekan Rabu, aku menyelongkar beg untuk mencari wallet Wild Chanelku, hanya untuk menyedari hakikat bahawa wallet itu tiada bersamaku. Uh. Main kotor ye Fathin! Culik wallet orang pulak! Eii geramnya aku!
Apa lagi Bella. Redah je lah kau jalan kaki. Tak jauh mana pun, 2-3 kilometer je kut. Purse tu lantak dia lah.. setakat RM 50. Uh tapi gaji aku lambat lagi nak dapat . Ah biarlah. Yeah, GO, Bella go! Bukit Larut telah kau tawan, Taman Tasik Taiping telah kau redah,Tasik Bandar Darulaman telah kau kayak, setakat 2 km tu ciput je Bella! Ciput je!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan