Pengskodeng =D

Rabu, 22 Disember 2010

Chapter 1




Padan muka diri sendiri. Esok nak balik Maktab, hari ni baru kalut nak siapkan homework. Tidur lah kau pukul dua pagi , Cik Hidayatul Nabila! Sekarang dah pukul 12, baru nak start buat kerja. Adey.. Journal BI kena buat dua entry lagi. Dah la affect carry mark kalau tak siap. Yeah. Marilah kita buat journal BI! 

Dan tahniah kerana dakwat pen sudah habis. Baru je semangat nak buat. Masa ni lah nak habis pun kau ek , wahai pen? Hmm.. Culik pen mak lah. 

Eh.. kenapakah bilik Puan Rumaizah ini masih dilimpahi cahaya? Musykil hamba. Bukankah pada kebiasaannya Penolong Kanan Sekolah ini beradu tepat jam 10 malam? Kala bulan pun belum mengambang penuh? Apa kejadahnya semua ini? Hmm.. Eh mak tengah bergayutlah. Hai, jarang benar mak rajin nak bergayut tengah-tengah malam buat ni. Biasanya Kak Long saja yang rajin bergayut dengan Encik Irfan Razak waktu-waktu dinihari macam ni. 

“Timah, percayalah Timah. Syira tu tak sesuai dengan Fathin.Aku mak dia.. aku kenal dia, Timah.” Syira? Syira short for Insyirah? Insyirah=Angah? 

“Anak perempuan aku bukan seorang je, Timah. Yang bawah-bawah kan ada lagi.” Yang bawah-bawah? Hey, aku je anak perempuan yang bawah-bawah? Bawah aku lagi dua orang tu hero-hero belaka. 

“Iye. Dia tu lagi sesuai dengan Fathin. Seriously, Timah,” Fathin? Sejak bila Malaysia luluskan undang-undang lesbian nih? 

“Okay . I’ll tell her later. Don’t worry bout it. Bereh blako.” Talian diputuskan. Mati terus niat aku untuk meminjam pen Mak. Ape benda yang mak cakap dengan makcik Timah tadi? Best Friend mak tu. Macam serious gila je. Apa kaitan dengan aku ngan Angah pulak? Fathin tu sapa pulak? 

Well.. She said she’ll tell me later so.. hmm.. sudahlah. Tidur je lah. Journal? Hantar lewat ah. Malas dah aku nak buat. 





“Hoi! Kau ni kan, tak reti bangun subuh ke!” Buat kesekian kalinya gegendang telinga Atul hamper saja terkoyak dek lontaran suara kakaknya Insyirah a.k.a Shiro . Macam manalah boleh dapat jadi doctor minah ni. Garangnya mengalahkan naga Tasik Chini! 




“Aku ‘cuti’ lah!!! Pergilah..Jangan kacau aku boleh tak?” comforter bercorak kambing biri-biri ditarik menutupi kepala. Huh.. tak boleh tengok aku bahagia kejap ke. 

“ABAAAAHH!!! Tengok Achik ni tak nak bangun!” laung pemilik nama Insyirah dari dalam bilik. Serentak itu aku duduk tegak. Sebelah tangan menggenyeh-genyeh mata, sebelah lagi melempar Encik Adam kearah kakak sulungku itu. Kakakku ketawa sakan apabila patung beruang berwarna mocha itu tidak mengena sasaran. Dah mamai macam orang high ni memanglah kordinasi tak betul. Haih.. 

“Angah ni mengada-ngada betullah. Aku penat la kemas rumah gantung langsir baru semua semalam , Angah tak kesian ke kat adik Angah ni. Angah belajar medic takkan tak tahu manusia perlukan rehat yang cukup?” hah.. apa kau ingat kau sorang saja tahu bio ?? 

“Aku on call , terkejar-kejar sana-sini kat ER tu takde pulak mengada-ngada nak qadha tidur macam kau? Manja!” ye lah.. memanglah aku manja. Nama pun anak perempuan bongsu- bawah aku semuanya lelaki. Hee~ 

“Eh.. Angah ni tak pergi kerja ke yang sibuk sangat nak pecahkan telinga adik sendiri ni hah?” 

“Kau boleh buat lupa. Hari ni kan result SPM kau!”Ah..? hari ni eh..? 

“Aku sanggup berkorban tukar syif ngan kawan demi kau tahu? Aku nak tengok sikit kau ni pandai tera mana. Cepat lah mandi! Berlingkar saja tahu!” Allah! Macam mana aku boleh lupa ni! This is the biggest day of my life kut! 

Usai saja mandi dan mengenakan T-shirt hitam dan cargo pants, aku berlari menuruni tangga. Tudung Ariani berwarna hitam kuserkup pantas sambil menapak menuruni tangga. Biarpun pada hakikatnya aku free-hair, aku masih tahu menghormati sekolahku. Sekolah yang walaupun bernama Maktab Rendah Sains MARA, tapi pada hakikatnya berfungsi seperti Maahad Rendah Sains MARA. Bab-bab aurat cukup dijaga disini. Bila aku nak pakai tudung? Heh... itu bukan sesuatu yang mudah bila keluarga kau tak seorangpun menutup mahkota yang mengurai itu. Dan aku bukan trendsetter rumah itu. 

Dasat sungguh. Dah la sekolah kat Taiping, duduknya di Kedah Sejahtera. Mahu dua jam setengah naik kereta. Boleh lagi buat perangai tak senonoh bangun lambat! 

“Jom Abah, Atul dah siap nih!” aku mengambil sebiji karipap dari dalam plastic di atas meja makan lalu menjamahnya. Hujung minggu. Hanya pada hujung minggu Ma dan Abah ada di rumah. Hari lain? Biasalah.. masing-masing sibuk dengan urusan dunia. Abah dengan mesyuaratnya, ulang-alik ke KL selalu. Ma pula mencurahkan baktinya sebagai Penolong Kanan sebuah sekolah di daerah Kota Setar ini. 

“Heh. Awak pergilah dengan angah. Abah tak boleh drive lah. Masa jogging tadi terseliuh kaki pulak,” isk Abah ni.. dalam banyak-banyak hari, hari ni jugak nak terseliuh kaki. 

“Ma mana Ma? Kira orang pergi dengan Ma je la nih? Mana dia ni? Lewat dah ..” 

“Jap lagi Ma bawak Abah gi berurut kat Ustaz Haron kat Gunung Keriang tu. Lagipun kejap lagi ada tetamu nak dating. Ma kena duduk kat rumah.” Terang Abah. Nampaknya hari ini aku kena jadi yatim piatu sementara waktu. Yang tetamu ni pun..takkan tak tahu hari ni SPM keluar? Ma pun takkan tak tahu.. sampai hati utamakan orang lain dari anak sendiri. Anak kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah dipinggirkan T_T. “Abah. Kalau dapat 10 1A Abah bagi sepuluh na....” sepuluh ribu ringgit Malaysia. Kalau mintak free-free ngan Abah macam ni memang sampai bila pun tak dapat. Tapi mana tahu kalau-kalau hari ni encik Alias baik hati en. Hohohohoho~ 

“Boleh.. tak ada masalah..momantai!” abah mengeluarkan walletnya dari poket seluar. Memang la tebal wallet tu tapi tebal dengan kad kredit tu iyelah. Cukup ke RM10k? Kalau duit RM50 semuanya dah ada.. erm...200 keping.. Abah ni biar betul. 

Sekeping not merah dihulurkan kepadaku. Seukir sengih nakal mengiringinya. 

“Abah! Sepuluh k lah bukan sepuluh hengget!” dush! Satu tamparan hinggap di belakangnya. Abah ketawa mengekek. 

“Banyak la awak sepuluh ribu. Tunggu hantaran nikah awak lah!” 

“Yang tu lambat lagi la Abah. Isk..” kelihatan Angah menuruni tangga, ayu dengan baju kurung moden warna merah garang. Kulitnya cerah genetik Ma memang padan benar dengan merah ang-ang tu. 

“Hoi loklaq punya budak! Hang nak pi pakai baju tu ka cena ka?” Angah yang sudah memegang kunci kereta tiba-tiba melontarkan suara perutnya. Hmm.. jap. Statement tak sesuai. Minah keding tu mana ada perut pun! Lagi-lagi sejak housemanship ni , lagi la kurus kering macam cicak kobeng! 

“Apa masalahnya? Mana ada aku seksi pun?” 

“Baju kurunglah, mek! Ambik result SPM ada ke patut pakai cargo pants dengan T-shirt je? Matang sikit boleh tak? Harap umur saja dah tua.” Sumpah kuat membebel makcik tua ni. Macam mana la si Irfan tu boleh tahan ngan dia. Hais. 

“Aku tak iron lagi lah...alah bukannya illegal pun pakai track bottom ambil result! Jom lah, dah lambat nih!” Angah mengerling jam dinding sebaik saja aku menghabiskan ayat. Barangkali dia lupa Alor Setar-Taiping mengambil masa 2 jam setengah. 

“BELLA!” Puteri melambai-lambai dari atas platform di hadapan Dewan Seri Larut MRSM Taiping. Angah memandangku pelik. 

“Bella? You mean B-E-L-L-A? Ewh.. geli kot!” Haish dengki saja dia ni. 

“Diam lah SHIRO,” Sepatah aku membantah. Kami menghampiri dewan. Sudah ramai ibu bapa dan pelajar berkumpul. Kami antara yang lambat. Kedengaran beberapa orang pelajar berteriakan kerana memperoleh keputusan yang cemerlang-atau barangkali sebaliknya. Puteri pula memperoleh straight A’s, seperti yang dijangkakan. 

“Kau agak kau dapat berapa , BELLA?” aku sekadar menggeleng . Rasa cuak mula membuat aku rasa mual. Kaki kanan melangkah ke dalam dewan, menapak menuju ke kaunter keputusan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan